Monday 16 May 2011

kerna ku sayang kamu (9)

kerna ku sayang kamu  …..Hari yang dinanti telah tiba dimana para mahasiswa akan menerima segulung diploma selepas tiga tahun mereka menimba ilmu di menara gading..semua dengan cita-cita sendiri..ada rakan-rakan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,tidak kurng juga yang telah bersedia untuk mnempui lam pekerjaan..mungkin disaat ini,merupakan noktah bagi peretemuan merka atau pun titik tolak bagi satu permulaan hidup baru bagi mereka..
“ok..semuanya berkumpul dekat sini,uncle mahu ambil gambar semuanya….”kedengaran suara ayah Rein meminta semua rakan-rakan Rein berkumpul untuk diambil gambar kenangan…
“OK.READY …1,2,3…”

   “Rein,baba ada berita baik untuk Rein…baba dah aturkan temu janji Rein dengan doktor pakar di singapura,selepas rawatan nanti,baba dah rancang dengan mama nak biaya kos belajar Rein di Australia..Tapi tak bermaksud yang Rein perlu ke sana.Terpulang pada Rein sama ada untuk teruskan belajar Rein di dalam atau di luar Negara..”
  “Baba,beri Rein ruang berfikir dulu ya.”
“Baiklah “
Berat hati Rein untuk meninggalkan keluarganya apatah lagi lebih-lebih lagi ayahnya itu..Tidak dapat disembunyikan lagi,lahiriah atau pun dalaman,ayah Rein sebenarnya turut menanggung penderitaan dengan penyakit jantungnya.Rein ialah anak yang paling manja dengan ayahnya..Mungkin dua beranak itu sering bertelagah disebabkan perbezaan pendapat, namun apa yang telah berlaku itu telah merapatkan lagi hubungan antara mereka berdua


“Rein,…sejak Rein daftar belajar ada tak Rein call baba?...”
“Baba?Tak kak long,Rein tak sempat nak call baba…dari mula munggu orientasi sampai habis minggu tu ,rein tak dapat nak call baba..Kenapa kak long?..”
“ehmm..sejak rein pergi,baba tak selera nak makan la..adakala pagi-pagi sewaktu sarapan dia ada tanya mana Rein?..Rein dah sarapan ke belum?..Dia lupa yang Rein dah daftar masuk ke universiti..pernah sekali mama pelik tengok baba duduk termenung.Rupanya dia menangis rindukan Rein…”
“kak..baba sihat tak?..akak letak telefon dulu..Rein nak call baba lah..”
Mungkin seorang tua itu,egoisnya merupakan penghalang daripada dia untuk mengucapkan sayang,rindu pada orang yang dikasihinya namun pun begitu,kita sebagai anak tidak perlu terasa hati kerana kasih dan sayang seorrang bapa itu tidak pernah luntur daripada diri seorang bapa…

    “Nick..kau pergi lah jumpa Rein..Dia ada kat sana..”Tegur Khairul,rakan seijazah dengan Nick..
“Aku tak mahulah..aku tak mahu ganggu dia lagi..aku takut,nanti dia rasa rimas dengan aku..aku rasa sepanjang aku tak tegur dia,dia ok je..aku tak mahu dia membenci aku..aku takut kalau dia benci aku..”
     ”Nick..Dah lama dah perkara tu berlalu..Takkan lah dia tak boleh lupakan ?..aku rasa kau tu yang terlalu fikirkan sangat…Sudahlah..dia ada di hujumg sana..barangkali dia menunggu kau..Pergilah..”
Nick melangkah longlai,menuju kearah Rein yang ketika itu berdiri seperti sedang menunggu seseorang..”Rein aku harap kau maafkan aku..” rungut Nick dalam hati..
Namun langkah Nick terhenti pabila seorang kelibat lelaki yang dia tidak kenali,menghampiri Rein lalu menyambut mesra telapak tangan Rein…
“tidak apa lah Rein.cukuplah jika aku menyintai kau di dalam hati aku sahaja…”
Melihat kedua kelibat itu bergaul mesra, mendorong Nick untuk berpatah balik membatalkan hajatnya untuk berjumpa dengan Rein…
“Khairul,aku rasa aku sudah tidak punyai peluang lagi..Dia pernah bagi peluang pada aku,aku tak pandai gunakan peluang itu..Aku pernah mengharapkan peluang kedua,namun ia tak pernah kunjung tiba..Tidak apalah..Aku harap kau jaga diri baik-baik..Sampaikan salam aku pada semua family kau..oh lagi satu,tolong sampaikan nota ini pada Rein boleh?..Terima kasih ya..”
“Kau mahu buat apa lepas ni Nick?mahu sambung ijazah atau kerja?”tanya Khairul..
“Aku tak tahu lagi Khairul..”


              Mungkin itulah kali terakhir mereka semua bersua muka.Tempoh dua tahun mengikuti pengajian bersama mencatit banyak kenagan suka dan duka..selepas ini mereka akan berhadapan dengan banyak lagi cabaran..Kehidupan seseorang dewasa yang berpendidikan semestinya akan dicabar seribu macam cabaran..
       Jika mereka memilih lapangan kerja mungkin apa yang dipelajari akan dapat membantu dalam proses membina kerjaya mereka…Dilapangan inilah mereka akan diuji dari pelbagai segi seperti kemahiran kerja,komunikasi dan banyak lagi..Menjejakkan kaki ke menara gading bukan sahaja bertujuan menaikan standard seseorang individu,tapi yang lebih penting ialah,individu itu sebenarnya akan melalui satu proses untuk mempersiapkan dirinya dengan segala kelengkapan sebelum memasuki alam pekerjaan..

“Khairul..Nampak Nick tak?..”
“Dia dah pergi Rein.Tapi dia tinggalkan pada kau dengan nota ni..Tadi dia mahu jumpa kau,tapi dia berpatah balik bila melihat kau sedang berborak dengan lelaki lain..”..

“Nick…”

“Rein..harap awak sihat sentiasa.Tahniah atas kejayaan awak menggenggam segulung diploma.Awak jaga diri baik-baik ya..Nick rindu pada awak..Tapi Nick tak dapat nak luahkan pada awak..Maafkan nick ya..Sayang Rein dalam Hati..Untuk selama-lamanya..”

No comments:

Post a Comment