Saturday 30 November 2013

mandi wajib,antara kebersihan,hikmah,dan kewajiban...

hye assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

salam sejahtera,salam 1 eco campus..(tetibe)
hahaha

semoga semua orang yang berada diluar sana,yang sedang membaca penulisan kali ini,berada didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

kepada mereka yang sakit,bawa-bawa bersabar dan banyak berdoa,pada yang sedang bergaduh dengan pakwe/makwe,bawa-bawa berbincang,pada yang sedang makan tu,abis kan makan dulu,baru baca,okeh?

haha

oklah,
straight to the point,i miss u..(tetibe)
hoi...!!

ok ok,abis dah gurau2.
jadi berkaitan lah dengan tajuk penulisan kali ni,mengenai perihal mandi wajib atau mandi hadas besar atau mandi junub dan sebagainya...

apa yang membuatkan saya ingin berkongsi dengan anda2 semua ni,amalan mandi wajib ni sangat berkait rapat dengan kebersihan diri,amalan ibadah seharian dan termakbul nya doa2 yang kita pohon.

berbagai2 persoalan timbul,sebagai contohnya

1) kita selalu berdoa,kenapa lambat diperkenankan?
2) hidup selalu resah,gelisah
3) ketenangan yang diharapkan tidak sampai

dan sebagainya..

berbagai faktor sebenarnya yang berkait rapat dengan persoalan diatas.dan salah satu nya yang boleh menyebabkan doa yang kita pohon,tidak termakbul,adalah disebabkan diri kita tidak berada dalam keadaan bersih.


jadi saya bawakan isu mandi wajib/atau mandi hadas besar ni..jadi saya berharap apa yang saya kongsikan ni,boleh membawa manfaat kepada diri saya sendiri,dan mereka2 yang membaca..

al maklumlah,kita sebagai manusia ni,seringkali juga melakukan kesilapan,dan selalu memandang enteng pada perkara2 yang sebegini.

pada mereka yang kat luar sana tu,jangan le pulok kate saye ni nak bertabiyah kepada anda2,saya cuma mahu berkongsi dengan anda2 semua,manalah tahu,jika post kali ni,dapat membantu memantapkan lagi amalan fardhu dan mendekatkan lagi kita kepada NYA..

bak kata orang,ilmu kalau disimpan,tak kemana,dari jadi kedekut,baik kita berkongsi,mudah-mudahan dapat le berkatnye


amboi,berceloteh panjang nampaknya..isu belum kupas lagi,saya yang menaip ni pun turut mengantuk apabila membaca kembali apa yang saya tulis.

baiklah,kita teruskan le kepada muqaddimah mengenai mandi wajib ni.

(tulis panjang berjela,baru nak muqaddimah..)

pertama kita pergi kepada rukun mandi wajib ni



1) Yang pertama sekali adalah niat
 
    Lafaz niatnye

    "sahaja aku mandi wajib/mandi hadas besar kerana Allah Taala"

   Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
    
     Bermaksud ketika kita niatkan dalam hati,air 


2) Membersihkan najis pada keseluruhan badan.


    Penyataan ini merujuk kepada Imam Nawawi,

       "Jika kita ada najis dibadan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib,bermaksud,membasuh najis dengan mandi itu boleh kita buat sekali"


3) Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
    

Zahir yang dimaksudkan adalah anggota yang dapat dilihat,contohnya kulit,rambut dan sebagainya.kalau abang-abang ada buat tocang rambut tu,pakai sanggul ke,cabut tocang atau sanggul tu dulu..(ade ke abang yang bersanggul?..)

yang berjanggut tu,bermisai bagai,tolong lah ratakan air keseluruh misai dan janggut tu..


Antara sebab-sebab dikenakan kita mandi wajib..



Terdapat 6 sebab utama seseorang itu per mandi wajib

3 Sebab melibatkan lelaki dan perempuan,iaitu bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati

dan lagi 3 sebab melibatkan kaum perempuan sahaja iaitu, keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak( wiladah)

Dan penggunaan air mutlak seperti air sungai,air terjun,air laut,air tasik dan air-air mutlak yang lain.
jadi saya berharap segala perkongsian hari ini dapat lah saya dan pembaca2 manfaat kan.mana yang kurang tu kita tambahkan lagi pengetahuan dan mana yang sudah kuat ilmu pemahaman nya kita mantapkan lagi..

jadi kalau ada terkasar bahasa dalam penulisan kali ini,ianya datang dari diri saya sendiri,dan semoga kita dapat berjumpa lagi dalam penulisan yang akan datang..









Thursday 24 October 2013

Anda bertanya dan cekgu aidyl menjawab...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim.    

Hello hye,selamat petang dan selamat malam
Saya ucapkan kepada para pembaca ,pendengar,penonton,  yang berada diluar sana
Saya berharap semua orang sihat- sihat sejahtera hendaknya

Bertemu kita sekali lagi dalam blog ni,dah lama tak menulis ni terasa kekok pula.
Jadi disebabkan kekok,penggunaan bahasa yang mudah difahami amatlah digalakkan.

Jadi tujuan saya menulis ni sebenarnya ingin berkongsi,sedikit sebanyak tentang kehidupan saya selepas habis belajar ni..

Sekarang ni,kehidupan saya boleh diketegorikan dalam ketegori pre pekerjaan ataupun pre angguran( bahasa baru)        


Tak banyak yang saya lakukan selepas habis belajar ni.adalah sedikit projek mengambing,memberi ceramah motivasi free kepada kucing2 dirumah,menanam ubi,menjual buku terpakai.download paper exam,pos barang ke sabah,kacau awek orang,bergaduh manja ,belajar bahasa negro dan sebagainya..      


Oh ya..tadi mak saya kirim salam..
(Tetibe)

Jadi dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada beberapa rakan saya yang mengadakan majlis kenduri kahwin kerana saya tidak dapat hadir kemajlis anda..insyaallah jika anda kahwin lagi,saya mesti datang..( macamtu pulak...)

Jadi kepada rakan2 saya yang bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam masa terdekat ni,insyaallah saya tak datang lah..huahuahua..sebab saya sendiri akan berkahwin,jadi memang tak dapat datang(propa kuat)


Ok,gurau2 je

Kepada mereka yang sudah bekerja,selamat bekerja saya ucapkan,kerja elok2,jangan banyak merungut,nanti tak berkat rezeki tu...(ada masa saya cemburu jugak dengan kawan2 yang dah ada kerja,gaji pun besar,badan pun besar,saya seorang je tak de kerja tetap lagi.)

Ok lah..kembali kepada tajuk entry kali ini. Dimana tajuknya,anda bertanya,dan cekgu aidyl menjawab,

Jadi terbuka lah kepada sesiapa yang ingin bertanya,insyaallah dengan izin tuhan saya jawab lah..kalah tak dapat jawab,saya suruh dia google sendiri cari jawapan..

Jadi,buka hati anda bila anda membaca entry kali ini,bawak2 bersabar dan jangan marah..
(Kebanyakkan soalan dibawah saya ambil dari pengalaman hidup saya sepanjang menjadi pelajar,dan saya akan cuba menjawab dengan penoh "ilmiahnye")


Soalan 1

S-cekgu,saya ni hensem,adakah jodoh saya mesti seorang yang cantik?orang tua cakap,orang hensem ni,jodohnye mesti lawa,macam pinang dibelah dua..

J- awak memang hensem.poket hensem tak?...kalau poket hensem,bukan orang cantik je awak dapat,mak dia sekali awak dapat..

Soalan 2
S-saya suka dia,tapi dia tak suka saya,macam mana cekgu?sebab apa dia tak suka saya?
J-sebab gigi awak kuning....dan gigi dia putih,kalau awak jumpa orang yang gigi kuning cam awak,konfem dia suka awak juga ( mendalam ni maksud dia)

Soalan 3

S- saya hisap rokok,dan penah cuba untuk berhenti,tapi tak boleh,macam mana ni cekgu..saya nak berhenti hisap rokok

J- jangan risau..awak hisap je.satu hari nanti awak mesti berhenti hisap dengan sendirinye..(sambil menyalakan 5 batang rokok sekaligua,dan memberi kepada si penanya)

Soalan 4

S-dewasa ini,saya lihat,keadaan di malaysia,masyarakat suka berpecah belah disebabkan politik,diorang sanggup bergaduh kerana fahaman masing2,camne eyh nak buat cekgu.?..

J-senang aje,cari balik ayah pin,dan tanya dia,camne dia boleh satukan masyarakat berbilang kaum dibawah satu kerajaan,iaitu kerajaan langit...(kahkahkah)

Soalan 5

S-saye dengar cite cekgu gaduh dengan awek cekgu.ape citer?
J-awak nak baca tak,kat suratkhabar esok,kuar tajuk kat depan "murid disula cekgu"
Next!!

Soalan 6

S-saya rindu kat kawan saya.kawan saya jauh seberang laut sana,dia ade pakwe lain,dia selalu lebihkan pakwe dia.camne saya nak mengatasi kerinduan ni cekgu?

J-untuk mengatasi kerinduan,awak cuma perlu taip "on rindu"..cerita lah kat tuhan,cerita kat saya buat hape,bukan sayanye kawan pon...

Soalan 7

S-saya suka cekgu,cekgu suka saya tak?        

J-tak,sebab awak lelaki.tapi saya suka kakak awak..

Soalan 8

S-saya ada 3 orang kakak kembar,semua cantik,pandai,rajin,baik,pakai tudung,muslimah,sopan santun.jadi soalan saya,kalau dijodohkan dengan kakak saya,cekgu nak yang mana satu?

J-saya nak kakak awak yang bila malam2 saya kentut time tidur,dia kejut saya,pastu tanya saya"awak kentut eyh.?"kalau tade yang macamtu,saya tak mau.mendalam makna dia tu,kena pk betul2)

Soalan 9

S-cekgu setuju tak,bila ada pasangan bergaduh,diorang berperang lat fb,tweeter,pastu finally salah sorang tu block?

J- bagi saya itu hak masing-masing,nak bergaduh ke,nak blok ke,bukannye masok melodi pon,paling kuat,kawan2 satu kelas mengumpat je..



Oklah..dah penat..nanti sambung lagi..
Semoga adalah sedikit input yang diperolehi melalui perkongsian yang ntah ape2 ni

Semoga semua orang jaga diri baik2

Salam kerinduan dari kejauhan

Aidyl sulaiman

Rindu orang jauh,



Tuesday 19 February 2013

rindulah dulu2....hohohohohohoho


























p/s..tak semua bende kita mahukan kite leh dapat...n aku kene blaja terime bende2 camtu.,
,smoga semua orang sihat2 sejahtera hendaknye.,
..aku rindu ko..
..ako kne blaja buang perasaan macamni..damn..!!

jodoh,bukan perkara yang ditunggu,tapi kena bersabar

helo assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,
selamat hari raya saya ucapkan kepada semua pembaca blog ni

(ade ke pembaca ? hahahaha..)

kepada yang tak pernah membaca blog ini,blog ini boleh diklasifikasikan sebagai blog bacaan ringan yang tak perlu kita berfikir panjang untuk memahaminya..cuma anda perlu berlapang dada dengan apa yang ditulis dan berfikir sejenak,,

adakalanya hidup kita ini,sama seperti orang yang duduk di sebelah kita,dan ada kalanya,tidak..

bila orang mula berkata mengenai jodoh,
ada ia subjektif?..

kenapa saya katakan jodoh itu subjektif?...

ada beberapa falsafah atau ayat yang pernah kita dengar.contohnya seperti..

1) kalau dah jodoh,tidak kemana
2) bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor
3) sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri
4) bersabar mcam mana sekalipun,kalau bukan jodoh,tetap tidak akan ada
5) yang jauh kita dekatkan,dan yang dekat kita rapatkan

dan bermacam2 lagi....

yang dikatakan subjektif itu,bermaksud,benda nya boleh berubah2 ataupun bersifat tidak pasti..
 (tetapi saya tetap juga dengan pendirian saya,sebagai seorang lelaki,saya kena sabar jika saya sayangkan seseorang walaupun bermacam2 perkara yang telah dilalui,,)

saya memberi contoh yang senang..

contoh 1
a= bro,ang ni bebal lah,pempuan tu dah tak nak kat hang,kenapa hang mengharap lagi..?macam2 dia cakap kat hang..ang masih lagi boleh sabar,,ang ni memang betul bebal abadi la,,

b= jodoh itu,bukan benda yang boleh ditunggu,tetapi kita kena bersabar..kalau betul sayang kan dia,kenalah bersabar..baru ujian sikit,tak kan mahu mengalah,,kalau ditakdirkan ada jodoh dan berkahwin,takkan la kalau ada masalah,aku mahu larikan diri pula..

contoh 2
a(perempuan)=u ni dah kenapa?..i dah tak mau kawan dengan u lah..

b(lelaki)= kenapa tak mau berkawan pula?

a=.........................................


contoh 3 
a=bro,ko tengok aku ni,muke hensem..awek mane2 ade.pg singapore ade awek,p jepun ade awek.p uganda ade awek.ko?..ko ade.?ko tade bro,takkan lah ko tak sunyi..hidup sorang2

b=aku ramai je awek approach aku,bukan aku tak mo kat diorang,diorng je tak mo kat aku..


kesudahan bagi contoh2 diatas ini,kita sendiri pon tahu,,,sebab itu ianya subjektif

tapi apa pun

perlu lah kita bersangka baik pada setiap permasalahan yang ada
(walaupun sampai sekarang ni aku tak paham dengan apa yang dah terjadi.)


raya sudah menjelma dan sekarang telah pun memasuki hari ke 8.(7 kot)..
dan mungkin raya kali ini membawa seribu erti kepada anda semua.tentu ada yang special raya kali ini sehingga anda tidak akan lupa seumur hidup anda..


hohoohoho

jadi raya kali ini sungguh special bagi saya kerana kepala saya telah dibedah (operation[bukan bedah nama orang k]) untuk kali yang ketiga...yahoooo....

jadi saya mahu minta maaf lah kepada individu2 yang berkemungkinan berkecil hati kerana saya tak bagi tahu pasal operation ni,ataupun terlambat beritahu..sebenarnya saya ada beritahu,tapi bukan secara direct..


sebenarnya ada satu perasaan bagi saya berkenaan perkongsian apa yang saya lalui ini..

bukan tujuan saya merahsiakan perkara yang saya lalui..

kalau ditanya kembali,tiada satu orang pun yang mahu diri dia seorang diri melalui perkara yang berat ataupun permasalahan yang dia hadapi..

(post ini ditulis beberapa hari sebelum hari raya 2012,La ni aku sambung kembali post yang tak pernah abis ni.hahahaha.sebab sekarang baru ada mood nak menulis..sebelum ni mood tade la)

sambungan....

tipulah kalau saya katakan ada manusia kat dunia ni mahu hidup bersorangan,sekutuk2 manusia pon mahu disayangi juga..baik lelaki atau perempuan..

sampai sini je kot aku tulis
(mood tade..hahahaha)...

semoga semua orang jaga diri baik2,jangan malas2,,

terima kasih,,








gambar cerita diri..



















kebanyakakan gambar dalam sephia,sangat menceritakan diri..
kerunduman hati nampak bila warna nya suram


terima kasih.

Tuesday 12 February 2013

penulisan..politik 1

elo selamat tengah hari kepada semua worang..

assalamualaikum 
hai selamat tengah hari..

(kenapa ucap selamat tengah hari dua kali?..konfius pe)..


hohohho..

kembali kepada penulisan,yang aku rasa kali ini padat dengan informasi semasa,mutakhir,segera,latest,ape lagi..hahaha

(latest la sangat..)

jadi belakangan ini,terdapat beberapa perkara berlaku around me..
(maaf eyh kalau bercampur2 bahasa..)

mungkin penulisan belakangan ni nampak terlalu cover2 (sebenarnya aku cuba untuk berlaku jujur pabila menulis,tetapi terdapat beberapa sebab yang perlu untuk aku lembutkan lagi bahasa pabila menulis)

hmmmm...
yang berlaku seminggu dua,sebulan dua,dan setahun dua,dua setahun ni,banyak memberi kesan kepada kehidupan aku..

"kita bercerita pasal politik lah best"

oh baiklah

sekarang ni secara umumnya,di malaysia terdapat dua,3 jenis kumpulan

yang pertama.KERAJAAN
yang kedua. PEMBANGKANG
yang ketiga.LALANG
yang keempat.TAK SOKONG MANA2.
yang kelima.BAYI DALAM PERUT
yang keenam.ORANG DALAM KUBUR
dan sebagainya

pada pendapat saya,apa yang berlaku pada hari ini,adalah sangat sukar untuk dilalui.Berbagai2 cerita keluar di dada Akhbar,di dalam Telebesen,di dalam radio, di dalam You tube.di dalam Blog,di dalam buku2 penulisan dan sebagainya

kebanyakkan berita yang keluar kita tidak pasti kesahihannya.

yang pihak kerajaan keluar kan berita ini
yang pihak pembangkang keluarkan berita ini

sampai rakyat semua keliru..

yang menyedihkan
apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya
"dalam usaha untuk memecah belahkan keharmonian kaum di Malaysia"

persoalannya sekarang

"SIAPAKAH TANGAN-TANGAN HITAM YANG MENGGERAKKAN IDEOLOGI PEMISAHAN KEHARMONIAN INI?"

secara logik akalnya (aku rasa budak skolah rendah pon boleh berfikir benda ni secara rasional)

kenapa sesama kita mahu bergaduh mempertahankan ideologi masing2?

kenapa wujud nya fahaman seperti ini?..

didalam penulisan ini sebenarnya aku tak mau memburukkan mana2 pihak,kerana takut kesalahan fitnah boleh berlaku.

tapi kita boleh fikir,kenapa tidak kita bersatu membangunkan negara kita bersama?..

Mungkin saya tak sebijak untuk berkata2 didalam politik ini,dan faham kebanyakkan ahli politik diluar sana sanggup melakukan apa2 sahaja demi survival politik mereka..

kita di kalangan bangsa bawahan ini sebenarnya menjadi mangsa situasi politik begini

kita berdoa
supaya malaysia ini,semakin harmoni,semakin teguh rakyatnya,

kalau dikupas kembali cerita2 yang berada di blog2 pro kerajaan,pro pembangkang,kita boleh nilai sendiri melalui penulisan mereka..

bagi saya.

SEBUAH NEGARA YANG GEMILANG,PERLU ADA KERAJAAN DAN PEMBANGKANG YANG BEKERJASAMA MENGGERAKKAN NEGARA.

ketakutan yang berlaku pada hari ini,dan mungkin akan berlaku,sebagai mana contoh yang berlaku di negara mesir..

apabila rejim hosni mubarak ditumbangkan,naik pula mohd Morsi yang tinggi pekertinya,tapi apa jadi dengan mesir sekarang?..tiap2 hari masih berlaku rusuhan,padahal pemindahan pemerintahan telah dilakukan atas kehendak rakyat juga..


berada di situasi sebegini, sebenarnya jika kita menjadi pemimpin,kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak dalam sesuatu masa..

dalam berjuta rakyat dinegara sendiri,terdapat juga orang yaang tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin.dan orang2 sebegini perlulah diambil pendapat mereka supaya dapat membetulkan keaadaan yang salah..

tetapi,ini semua susah untuk dilakukan di Malaysia.(bila aku bercakap begini,bukan aku menyokong pembangkang)

berdoalah kita semua,supaya kita terus maju dan harmoni.kita tidak mahu suatu hari nanti,kita jadi pelarian di bumi sendiri


terima kasih.

aidyl sulaiman..
tq.aya





Tuesday 8 January 2013

anda di tahap begini.dia ditahap begini,aku ditahap begini..

hello asslamualaikum,
selamat petang semua
selamat sore
selamat selamat dan selamat hendaknya


bermula lah alkisah,.
penulisan tanpa rencana,kebanyakkan penulisan disulami dengan emosi

(ada yang berpendapat,penulisan menggunakan bahasa bunga2 matahari ini,dan sukar difahami,menunjukkan penulis nya mempunyai masalah...kamon laaa...)

(cuba ko nengok apa yang aidyl tulis tu,,mengarut je..dah la gila.kalau baca boleh jadi gila lagi macam dia...omaigod.."saya pernah terdengar oarng berkata begitu,dan menegur penulisan saya..oh tak mengapalah,setiap orang ada pendapat masing2"..kalau tak suka baca,buat ape baca..betul?..)


so sikalang ini,kebanyakan universiti awam di malaysia,sedang menjalankan peperiksaan akhir semester,atau dikenali sebagai final examination..

dan pelajar2 semua ada yang tak tidur malam,sebab nak prepare untuk final tersebut..

ada juga pelajar yang sudah bersedia lebih awal,tidak terlalu risau dengan final ini

unutk menyedapkan hati pelajar2 yang membaca post ini

"jalan kehidupan anda,bukan bergantung pada pointer periksa"

ternyata quotation ini adalah untuk menyedapkan hati pembaca2 sekelian

ada perkara berlaku semnjak dua menjak ini.yang barangkali meruntun emosi aku (cewah)
apa yang berlaku tu,biar aku seorang je lah yang tahu .(jual mahal sikit)

""bro citerlah
apa yang dah berlaku"

banyak sebenarnya perkara yang berlaku..tapi biarlah aku sorang yang tahu..(jual mahal kali kedua)

"bro,ade awek nak berkenalan dengan kau lah"

eh,siapa?(cepat je aku jawab)

"lahanat,kalau pasal perempuan,cepat je ko"

ko lagi lahanat kena kan aku..(dan seperti biasa aku tidak merasa excited jika ada diantara mereka melawak2 mengenakan aku..sebab ianya berkaitan dengan perempuan,dan less excited..jika excited pon,ianya cuma dibuat2 supaya mereka terhibur dengan gelagat aku

kadangkala

kita selalu memperbodohkan orang yang nampak seperti bodoh..
(padahal mereka itu sangat istimewa sebanarnya)

saya jugak tidak terkecuali mempunyai sikap skeptikel dan tipikal..(bak kata kawan saya kepada saya)

adakah pemikiran seperti itu telah terdidik dan tidak boleh diubah?


sebenernya ada benda aku nak cerita..

tapi disebabkan aku..
sedang bermain game
jadi terbantut usaha untuk berkongsi benda tu..

nanti2 lah cerita k..

semoga semua orang sihat2 sejahtera.dan dilindungi tuhan sepanjang masa hendaknya

kepada yang jauh..

salam kerinduan dari kejauhan
=)