Saturday 30 November 2013

mandi wajib,antara kebersihan,hikmah,dan kewajiban...

hye assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

salam sejahtera,salam 1 eco campus..(tetibe)
hahaha

semoga semua orang yang berada diluar sana,yang sedang membaca penulisan kali ini,berada didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

kepada mereka yang sakit,bawa-bawa bersabar dan banyak berdoa,pada yang sedang bergaduh dengan pakwe/makwe,bawa-bawa berbincang,pada yang sedang makan tu,abis kan makan dulu,baru baca,okeh?

haha

oklah,
straight to the point,i miss u..(tetibe)
hoi...!!

ok ok,abis dah gurau2.
jadi berkaitan lah dengan tajuk penulisan kali ni,mengenai perihal mandi wajib atau mandi hadas besar atau mandi junub dan sebagainya...

apa yang membuatkan saya ingin berkongsi dengan anda2 semua ni,amalan mandi wajib ni sangat berkait rapat dengan kebersihan diri,amalan ibadah seharian dan termakbul nya doa2 yang kita pohon.

berbagai2 persoalan timbul,sebagai contohnya

1) kita selalu berdoa,kenapa lambat diperkenankan?
2) hidup selalu resah,gelisah
3) ketenangan yang diharapkan tidak sampai

dan sebagainya..

berbagai faktor sebenarnya yang berkait rapat dengan persoalan diatas.dan salah satu nya yang boleh menyebabkan doa yang kita pohon,tidak termakbul,adalah disebabkan diri kita tidak berada dalam keadaan bersih.


jadi saya bawakan isu mandi wajib/atau mandi hadas besar ni..jadi saya berharap apa yang saya kongsikan ni,boleh membawa manfaat kepada diri saya sendiri,dan mereka2 yang membaca..

al maklumlah,kita sebagai manusia ni,seringkali juga melakukan kesilapan,dan selalu memandang enteng pada perkara2 yang sebegini.

pada mereka yang kat luar sana tu,jangan le pulok kate saye ni nak bertabiyah kepada anda2,saya cuma mahu berkongsi dengan anda2 semua,manalah tahu,jika post kali ni,dapat membantu memantapkan lagi amalan fardhu dan mendekatkan lagi kita kepada NYA..

bak kata orang,ilmu kalau disimpan,tak kemana,dari jadi kedekut,baik kita berkongsi,mudah-mudahan dapat le berkatnye


amboi,berceloteh panjang nampaknya..isu belum kupas lagi,saya yang menaip ni pun turut mengantuk apabila membaca kembali apa yang saya tulis.

baiklah,kita teruskan le kepada muqaddimah mengenai mandi wajib ni.

(tulis panjang berjela,baru nak muqaddimah..)

pertama kita pergi kepada rukun mandi wajib ni



1) Yang pertama sekali adalah niat
 
    Lafaz niatnye

    "sahaja aku mandi wajib/mandi hadas besar kerana Allah Taala"

   Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
    
     Bermaksud ketika kita niatkan dalam hati,air 


2) Membersihkan najis pada keseluruhan badan.


    Penyataan ini merujuk kepada Imam Nawawi,

       "Jika kita ada najis dibadan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib,bermaksud,membasuh najis dengan mandi itu boleh kita buat sekali"


3) Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
    

Zahir yang dimaksudkan adalah anggota yang dapat dilihat,contohnya kulit,rambut dan sebagainya.kalau abang-abang ada buat tocang rambut tu,pakai sanggul ke,cabut tocang atau sanggul tu dulu..(ade ke abang yang bersanggul?..)

yang berjanggut tu,bermisai bagai,tolong lah ratakan air keseluruh misai dan janggut tu..


Antara sebab-sebab dikenakan kita mandi wajib..



Terdapat 6 sebab utama seseorang itu per mandi wajib

3 Sebab melibatkan lelaki dan perempuan,iaitu bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati

dan lagi 3 sebab melibatkan kaum perempuan sahaja iaitu, keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak( wiladah)

Dan penggunaan air mutlak seperti air sungai,air terjun,air laut,air tasik dan air-air mutlak yang lain.
jadi saya berharap segala perkongsian hari ini dapat lah saya dan pembaca2 manfaat kan.mana yang kurang tu kita tambahkan lagi pengetahuan dan mana yang sudah kuat ilmu pemahaman nya kita mantapkan lagi..

jadi kalau ada terkasar bahasa dalam penulisan kali ini,ianya datang dari diri saya sendiri,dan semoga kita dapat berjumpa lagi dalam penulisan yang akan datang..