Sunday 28 October 2012

pertanyaan cintan cintun bersama cekgu..

hello..
assalamualaikum
selamat kembali membaca blog tenggelam timbul ini
semoga semua orang sihat sejahtera hendaknya..
salam aidiladha aku ucapkan kepada semua pembaca,
semoga aidiladha kali ini membawa seribu satu erti pengorbanan kepada diri pembaca dan penulis blog ini

setelah sekian lama tidak menulis kerana ketiaadaan idea serta berkurangnye keupayaan untuk menulis,terbuka hati sekali ini untuk berkongsi perkara yang bermain2 di benak pemikiran serta dicelah2 susunan sel2 yang berada otak pesakit(aku la tu)

jadi idea untuk menulis berkaitan entri kali ini (Pertanyaan Cintan Cintun Besama Cekgu) datang dari pengalaman hidup apabila aku diasak dengan pertanyaan cintan cintun (padahal diri sendiri karam di laut) oleh rakan serta kenalan..

yang paling menakjubkan sekali,pertanyaan yang dilontar,adakalanya di luar batas pemikiran aku sendiri,jadi jawapan kepada pertanyaan tersebut,barangkali sedikit tersasar,ataupun tidak berkait secara langsung dengan soalan yang ditanya..

so
buka hati serta minda,jangan baca ketika marah,terima tulisan ini seadanya,kalau salah,itu semua kelemahan aku...



pertanyaan 1
"cekgu,saya seorang lelaki,punyai ego..adakah jika bersama perempuan,saya perlu ada ego tersebut?atau  berlembut dengan perempuan?"

anda seorang lelaki.jadilah lelaki.ketika anda bersama perempuan,jangan pula menjadi perempuan

Pertanyaan 2

"cekgu,saya suka pada seorang lelaki,tapi saya malu untuk bagitahu dia yang saya suka dia.bagaimana saya mahu bagitahu dia yang saya sukakan dia?"

apa guna mak ayah belikan henpon ?hantar je lah sms..ape la

Pertanyaan 3

"saya bergaduh dengan girlfren saya,saya sudah minta maaf,tapi selepas kejadian tersebut berlaku,segala nya telah berubah.apa saya nak buat ni cekgu?..kadang2 tidur tak lena,mandi tak basah.."

awak pergilah masuk meminang

Pertanyaan 4

"saya sudah ada boyfren,boyfren saya baik sangat2.pada masa yang sama,ex saya datang cari saya balik.saya pon layan je dia..lama kelamaan,saya sayang ex saya semula.ex saya tu sudah ada girlfren,apa perlu saya buat cekgu?saya sayang kedua2 nya"

sekejap lagi,saya bagi awak pisau,awak tikam salah sorang,

pertanyaan 5

"saya berjumpa dengan seorang perempuan.baik budi bahasanya,sopan santun.pakai tudung.tapi dia tu girlfren orang lain.macam mana nak hilangkan perasaan suka tu eyh cekgu?"

sila bukak fb,ramai lagi awek bertudung yang single.cuma perlu tekan butang add friend sahaja

pertanyaan 6

"cekgu,saya ade pakwe,pakwe saya ni hensem,macho,bergaya,kaya raya,duit raya,jalan raya,semua dia ada..satu je kekurangan dia,ketiak dia berbau,macam mana nak bagitahu dia yang ketiak dia berbau.saya takut lah,kalau nanti dia terasa,abislah saya tak dapat harta dia..."

cuba bau ketiak awak..banyak komplen je

Pertanyaan 7

" semalam saya menangis,arini saya menangis,esok saya menangis..kenapa hidup saya perlu macam ni cekgu?..kerana perempuan saya menangis,bila je saya boleh berhenti menangis

zzzz..tade pertanyaan lain ke?..next..

Pertanyaan 8


"saya selalu gaduh dengan pakwe saya.pas gaduh mesti baik balik.bila dah baik,mesti gaduh balik,dan macamtu lah selalunya.saya risau,apakah ini berlarutan sehingga kami kahwin nanti"


gaduh je la..bukan mati pun..ape la

pertanyaan 9

"cekgu ada fb tak?..apa nama fb cekgu?..kenapa cekgu jarang online?..kalau cekgu online,selalu pula update status merepek2.."

tade kaitan dgn cinta langsung..next..


pertanyaan 10

"Cekgu,bf saya sakit,sakit serius.perlukah saya terus bersama dia,ataupun pergi cari bf yang lain?."

silap hari bulan,awak yang pergi dulu dari bf awak..









"

Wednesday 12 September 2012

Spenoid Wing Meningioma (nama penyakit aku) 2

hello
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan selamat petang serta selamat sejahtera..

ketika ini mood menulis sebenarnya kurang ada,
tapi perlu diteruskan juga supaya idea untuk menulis itu tidak akan hilang
.sekurang kurangnye dapatlah aku berkongsi pengalaman.

manalah tau ada diantara pembaca,satu ketika nanti punyai kenalan yang menghidap penyakit yang sama atau pun yang berkaitan dengan kepala.

semalam malaysia kalah bola sepak.dan saya sedih..dan saya pegi tengok sorang kat kedai mamak.jerit juga sorang2..hohoho

ok..kembali lah bercerita untuk katil yang ke 4 ke 5 dan ke 6

katil 4th = abang melayu...
sakit = urat saraf/salur darah pecah
kesan = bahagian sebelah kanan tak kuat
status = belum operate
waktu masuk wad ni..abang melayu yang berumur 30 an ni ditemani isterinya.dan dia bakal menjalani angiogram..mase masuk wad tu dapat la berbual sekejap dengan dia..dalam pukul 10 pagi camtu,die p operate.dan dia balik semula ke wad dalam pukul 5/6 petang..seingat aku,,

katil 5th = budak melayu yang hensem (itulah aku)
sakit = spenoid wing meningioma
kesan =suka gelak2..dan tak pernah serius..(aku pon tak tahu kenapa..)
status =belum operate
oh..wad neuro..kali ketiga buat operate..kali ni macam takut sikit..aku pon tak tau kenapa..tapi macam biasa,takut camne pon aku masih boleh gelak2..(dalam hati ni sape je yang tau..)

katil 6th =uncle cina
sakit = eksiden (pastu aritu dia pasang tempurung kepala dia ) setelah 5 bulan dia hidup tanpa tempurung kepala..
kesan = macam pening2 sikit
status =dah operate
uncle ni dah berapa kali eksiden dan eksiden yang berlaku 5 bulan sebelum ni,dia cakap ni yang paling teruk..sampai dia sendiri cakap tak mau bawak motor lagi..dia ada tanya ibu.

"mana u punya husband?.."

ada rumah,esok pagi operate dia datang.

"apa dia naik?..motor ah?''

a.ah,kenapa?

"wo jangan wo,lu jangan naik motor.ini k.L tak save bawak motor punya..lu bawak baik2 macam mana pun,kalau orang hentam,lu boleh kasi pergi juga.."

sampai macam tu sekali..

hohoho..so boleh la mula bercerita pasal sakit aku ni..(ceh,baru nak citer ke?)

so.penerangan yang akan dibuat ni,adalah secara simple dengan bantuan gambar supaya ianya mudah untuk dikongsi..


 so ni bukan aku punya film ct scan.ni contoh yang diambil dari  google.

so,anda boleh lihat tumor nye yang berwarna putih,telah menolak sebahagian mata


anak panah menunjukkan lokasi tumor tu


oh,yang ni macam teruk sikit..besarnye ada dalam 5,ke 6 cm
aku ada try cari,gambar tumor yang real nye.rasenye gambar kat bawah ni dapat menunjukkan keadaan fizikal tumor tu

oh..tumor yang terletak dalam kepala aku ni.tade lah besar sangat..last scan aritu kira2 dalam 5 cm..

so apebende binatang spenoid2 ni?

ia merupakan satu keadaan dimana seorang pesakit menghidapi pertumbuhan sel asing yang terletak di bahagian belakang mata berdekatan dengan salur darah utama..

kalau diikutkan simptom bagi penyakit ini,pesakit akan mengalami double vision (penglihatan dua imej0 malah lebih teruk lagi jika tidak dirawat boleh menyebabkan kan pengklihatan akan beransur hilang..

tumor yang aku hidapi ini bukan junis kanser ataupun aggresif..kerana pertumbuhan tumor ini cuma berlaku 1mm setiap tahun..ianya langsung tidak merbahaya.tetapi disebabkan kedudukan tumor itu di kepala dan berdekatan dengan saraf utama,

serta risiko pembedahan yang aku perlu terima,so membuatkan aku kena fikir dua kali juga.nak buat atau tak..?

risiko nye tade pape pon..
1. mata bole tak nampak
2. lumpuh
3. sawan
4. kegilaan..(kalau suka gelak2 tu gila ke?..ntah la..tuhan saje yang tahu..)
gambar hiasan

sebenarnye ade beberapa jenis rawatan yang boleh dilakukan selain operation ni.
tapi kos yang terlalu tinggi dan ketidak adaan kemudahan perubatan di malaysia menjadi halangan untuk aku dapat rawatan yang lebih baik..

hohoho

takut oh operation..seram..kalau operate kepala lutut boleh leh tahan lagi..tapi kepala?..tuhan saje yang tahu..

aku banyak pk sebelum operate tu..tapi aku berharap aku tak mau susahkan ibu abah aku lepas operate tu..
dan ada juga beberapa benda yang aku pk kan..oh..kali ni operate memang tak best..tak setenang yang pertama kali dulu..tapi first time dulu memang takut giler ..

so la ni aku rasa macam sejuk kat bahagian atas kepala..macam rasa nyawa tu kat hujung2 je..


tapi,aku masih lagi berbuat kesalahan..
dosa barangkali...

moga umur masih lagi panjang untuk diberikan peluang..

ade sambungan nye lagi..pasal persediaan operate..

jaga diri baik2 semua..



Tuesday 11 September 2012

Sphenoid wing meningioma (nama penyakit aku) 1

halo..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera kepada pembaca yang bukan islam..

dikesempatan ini,aku rase masih sempat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua.

bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan keizinannya,aku masih lagi berpeluang hidup dan menulis lagi(menaip la)
hoh..mAlam ni rase cam tak boleh tido pula..dah lama dah rasenye tak tido malam..(ceh baru seminggu 2 tak tido malam dah kecoh)..hahaha

mula dah perangai gila aku.belum pape lagi dah gelak...

so..
6/8 aku diminta untuk masuk kedalam wad neurosurgeri(hkl..)..kalau sape2 yang penah pegi,ini adalah antara wad yang boleh dikatakan brutal sekali..kenapa pula brutal?

sebab pesakit yang ada didalam nya,semua berparut dikepala..cuma bekas parut sahaja yang menunjukkan perbezaan kebrutalan diantara pesakit

                                                               ini salah satu contohnye

ada pesakit,yang jahitannye mula dari atas telinga kiri sampai lah telinga kanan..peh..lagi lah seram..

so,sehari sebelum operate tu,aku dimasukkan dalam wad untuk persediaan sebelum operate(untuk orang hensem2 je haha)

ketika tu alam wad,ada 6 orang aku duduk katil nombor 5......

katil 1st=.uncle india..
sakit=darah beku kat otak..
punca=eksiden motor..
kesan=bahagian badan sebelah kiri tak kuat..
status= dah operate
uncle ni,dia tinggal sorang je..tade orang teman dia

katil 2nd= pakcik melayu
sakit= saraf pecah
punca=darah tinggi
kesan= belah kanan tak kuat..
status= belum operate
pakcik ni ditemani isteri beliau.time melawat,ramai je poli datang melawat.rupanya dia pegawai polis

katil 3rd = uncle cina
sakit= ssaraf pecah
punca= tak tau
kesan =cepat marah,tension
status belum operate
rasanya uncle cina ni dah lama stay kat wad,dan tunggu giliran nak buat angiogram,tapi pada hari tersebut,operate nye dibatalkan pada sebelah pagi.so nurse suruh die puasa lagi..
(untuk makluman pesakit yang dimasukkan kedalam wad dan akan menjalani pembedahan diminta untuk berpuasa 6 jam sebelum operate..)
jadi uncle ni dah puasa dari pukul 12 tgh malam,kemudian operationnye batal,dia diminta puasa lagi ssampai ke waktu asar (lebih kurang 4 petang)..so time minum petang pukul 3.30.jadi pesakit dalam wwad tu diberikan sedikit minum petang,bubur kacang dan air panas..uncle ni agaknye tak tahan,dia bantai makan bubur tu...tiba je pukul 4 lebih,nurse cakap,uncle,dah boleh tukar baju,pergi operate..uncle ada makan tatadi,?minum ke?..

uncle tu jwab ..
"ada maaamsaya tak tahan lo.lu suruh puasa,tapi tak buat2 juga operate..lebih baik mati la,puasa saja tak dapat makan'"

nurse pon jawab
"uncle,lu ingat lu dah mati lu konfem dapat makan ke?"

so uncle tu pon kena la berpuasa 6 jam lagi...
muka die bengang je nengok aku makan nasi ayam untk dinner aritu..
seram do


nnti sambung balik..tetibe ngantuk

Friday 20 July 2012

apa guna berpuasa jika tidak boleh bersabar?..

hello..
assalamualaikum

selamat pagi ingin saya ucapkan kepada semua pembaca blog hidup segan mandi tak mau ini..

di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak kepada semua penganut yang beragama islam yang berada diseluruh dunia..

ketika bulan puasa ini,penganut agama islam terbahagi kepada beberapa kumpulan


kumpulan yang pertama
berpuasa penuh..(cukup sebulan)


kumpulan yang kedua
berpuasa separa penuh ( mungkin cuma 15 hari,16 hari dan sebagainye)

kumpulan yang ketiga
pagi berpuasa,tengah hari dah berbuka

kumpulan yang keempat
tak berpuasa langsung (chaallloooo bettey)


kahkahkah..

sebenarnya terlintas dipemikiran saya ni untuk menulis selepas semalam (hari jumaat jam 3-4 petang)

saye terlibat dalam kemalangan kecil..

(telah ditabrak dari belakang oleh kereta waja yang dipandu oleh seorang perempuan)
lokasi..bulatan kat shah alam..yang ade traffic light tu..

tengah best2 nyanyi lagi ka hona pyar hei tetibe cam rase dilanggar dari belakang

(nasib baik kat roundaboard tu bawak perlahan..kalau tak arini penduduk di sekitar mardi boleh makan free (kenduri arwah) selama 4 ari..

kahkahkah

jadi nak dijadikan cerita,ketika dilanggar itu,aku sempat brek menggunakan kaki..(sakit oh..dah macam flinstones pulak)..

kemudian aku park dekat divider yang terletak bersebelahan roundaboard tu..

akak tu pon berhenti jugak,,tapi dia tak keluar dari kereta..cuma tunjuk body language thumbs up je

(kalau mengikut kefahaman aku,mungkin dia bertanya sama ada aku ok atau tak)..,

aku pon balas la thumbs up ... (tapi kaki ngah sakit..bebal betul..)
yelo..takkan la mau marah2 ..moto pon tade pape..tapi kaki sakit sampai la ni..tak dapat la aku mau berlari lagi..

pesanan buat pemandu wanita

(JANGAN JADIKAN KECANTIKAN YANG ANDA MILIKI SEBAGAI TIKET UNTUK MELANGGAR ORANG YANG TAK HENSEM SEPERTI SAYA NI)..


kah kah kah'

kembali semula menulis berkenaan tajuk yang mahu diutarakan'

sesungguhnya bulan ramadhan itu banyak hikmahnya..
kerana dijadikan ramadhan itu seribu satu kelebihan bagi mereka yang berpuasa
nak di jadikan cerita terdapat juga orang bukan islam mengakui kelebihan berpuasa ini.

saya rasa ramadhan kali ini sangat istimewa bagi saye kerana

-saya tak bekerja part time,atau jadi kuli kepada mana2 hotel
-mungkin dapat balik beraya di kampung pada tahun ini
-mungkin juga akan beraya dengan baju raya..dan bukan t shirt (seperti mana taun2 lepas,ibu bagi duit beli baju raya saya beli beg,pewangi ambipur,dan beberapa helai t shirt hitam)
-dapat lah saya berehat secukup-cukupnya (bersedia untuk operation barangkali.tak mau la pk benda yang bukan2
-berupaya mengurangkan berat badan/ukur lilit dipinggang

dan saya juga berharap ramadhan kali ini

-menjadi sangat istimewa kerana (saya pon tak tahu)
-dapat berpuasa penuh dan diberkati hendaknya
-dijauhi dari perkara yang boleh membatalkan puasa
-semoga ianya bukan ramadhan yang terakhir
-berbuka puasa seadanya saje
-dapat memenuhi jemputan berbuka puasa bersama peminat
dan yang terpenting sekali,
semoga amalan ibadah yang dilakukan ketika puasa ini,dapat diteruskan pada bulan2 yang lain juga

tuan2 dan puan2 sekalian

berpuasa ini selaion menahan diri daripada  lapar dan dahaga,ianya juga melatih kira meltaih diri kita supaya bersabar untuk menrmpuh ujian2 yang bakal mendatang

sesungguhnya kesabaran itu dituntut setiap masa (walaupun ketika tidur atau menunggu turn untuk membeli murtabak di bazar ramadhan)

jadi apa gunanya berpuasa jika anda tidak bersabar?
ujian itu bakal datang tidak kira masa,dan bentuk nya itu kita sendiri tidak akan tahu

ketika menghadapi perkara seperti itu,bersabarlah k

(sememangnya seorang kawan begitu mudah berkata "kawan bersabarlah ada lah rezeki kamu nanti" dan bagi mereka yang berhadapan itu..tidak ada apa sebenarnya yang boleh dilakukan melainkan bersabar)

sesungguhnya bersabar itu banyak hikmahnya...

setiap perkara yang berlaku itu ada cerita nya yang sendiri..ianya berada diluar batasan pemikiran manusia.kadangkala kita mengharapkan sesuatu berlaku (mengikut apa yang dirancang) tetapi tak semestinya ia akan berlaku,dan barangkali perkara yang lain pula yang berlaku


amboi..

penat la,panas giler ni..tade karen pulak kat umah

tapi..

kena lah bersabar..

kahkah

p/s

terima kasih saya ingin ucapkan kepada sekalian..
salam ramadhan saya ucapkan kepada semua..
semoga ramadhan kali ini memabawa 1001 erti kepada anda..

jika anda sedang bersedih,ceriakan diri anda dengan senyuman

terima kasih assalamualaikum



Monday 2 July 2012

mekanisme cinta vs mekanisme peperiksaan

asssalamualaikum wbt..

selamat petang kepada semua yang membaca blog yang tidak hidup segan mati tak mahu ini.
di sini saya ingin berkongsikan apa yang sedang saya fikirkan dengan semua orang yang  membaca blog saya ni.
 
hidup segan mati tak mahu begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini

ye ke?

jadi apa kaitan dengan mekanisme cinta dan peperiksaan ni dengan peribahasa ini?..
sebenarnya ia tiada kaitan secara langsung ataupun tidak langsung..

apa yang cuba saya katakan ini sebenarnya adalah,bagaimana mahu menghadapi cinta dan peperiksaan ni..hohohohho

adakah ia pernah berlaku kepada anda semua..?

dan tidak keterlaluan jika saya katakan,dalam perbedaan dua mekanisme ini,sebenarnya ada persamaan..

cinta dan peperiksaan begitu sinonim dengan pelajar/student/murid/anak murid/budak sekolah/budak universiti/budak master dan sebagainye..

adalah sangat hebat jika anda berjaya mengawal kedua2 nya dan pada pengakhiran bagi kisah anda,anda berjaya memiliki kedua2 nya..

bagi mereka yang single seperti saya,jangan risau,anda bukan looser,sebenarnya anda sedang mempersiapkan diri anda untuk memiliki orang yang cukup sempurna satu hari nanti.

apa yang perlukan cuma,tumpukan kepada pelajaran anda,dapatkan pointer setinggi yang boleh,dan membayar balik pinjaman ptptn dan lain2 pinjaman (jika anda ada meminjam nye)..

dan ketika waktu saya menulis entri ini,sebenarnya saya dalam keresahan dalam menghitung hari2 yang akan menjelang..dibawah ini saya senaraikan hari2 yang bakal mendatang

1) hari final exam akan habis
2) hari p buat ct scan
3) hari mendapat keputusan final exam
4) hari jadi kawan saya (bulan 7 ni)
5) hari puasa
6) hari operation saya (keputusan sama ada bakal operate atau tak tertakluk pada keputusan ct scan)
7) hari raya (taun lepas saya tak beraya kerana bekerja sebagai kuli di kl hilton)
8) hari masuk kerja part time kat hotel hilton (bulan puasa)
9) hari masuk sem baru
10) hari jadi saya (tahun depan)
11) hari jadi abah,ibu,elyn,syah dengan mira

dan sebagainya....

jadi jika anda seorang yang mempunyai sentimental value yang sangat tinggi (kuat cembeng) persiapkan diri anda kerana orang yang  mempunyai sentimental value yang sangat tinggi ini kebarangkalian menghadapi depression atau kemurungan itu ada.

jadi saya senaraikan bagaimana anda boleh mengubati hidup anda yang sunyi itu

- makan banyak2 kemudian tidur..(kebarangkalian untuk obesiti dan mengalami high blood pressure sangat tinggi)
- bergaul dengan rakan2 sekolah/universiti anda.
 (menyebut perihal pergaulan ini sebenarnya sangat subjektif kerana pergaulan itu sendiri punyai banyak makna..tidak siapa boleh menghalang anda untuk bergaul dengan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini.tetapi anda juga perlu pandai menjaga diri sendiri,dan jangan sampai anda pula termasuk dalam golongan yang negatif..)

 "siapa kau nak tentukan kawan aku?..kau cuma seorang kawan,dan tidak lebih daripada itu..!!biarlah aku ingin menjadi apa yang aku inginkan..suka hati aku lah aku nak bergaul dengan sesiapa saja yang aku suka...aku kawan dengan penagih ke,perogol ke,pembunuh ke, yang penting aku pandai jaga diri aku.."


..menasihati perlu lah secara berhikmah,tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa sahaja..baik orang yang memberi nasihat,dan orang yang menerima nasihat..

baiklah jika anda mempunyai kawan seperti dalam drama diatas saya listkan bagaimana cara untuk overcome masalah tersebut
1) jadi kawan yang baik
2) mendengar masalah kepada kawan itu
3) luahkan juga apa yang kamu rasa .tapi secara hikmah
4) jangan tinggalkan kawan seperti itu kerana anda adalah pembimbing kepada dia
5) jika dia masih lagi berkeras kepala,jangan pula anda keraskan kepala juga..ini akan merugikan kedua2 belah pihak
6) ingatkan kepada nya tentang ajaran agama
7) berikan pedoman kepadanya
8) tanyakan hal keluarga dia( ingatan tentang keluarga amat penting jika sedang berlaku permasalahan)
9) apa yang terjadi kepada rakan itu sebenarnya satu ujian yang sedang mematang kan dia.dan pada masa yang sama anda juga sedang diuji 
10) kalau apa yang anda katakan sebelum ini masuk telinga kanan,keluar telinga kiri,keratlah telinga kiri nya supaya apa yang masuk itu,keluar ditempat yang lain..(hohoho)

anda orang bertanyakan kepada saya .bagaimana cara jika teman/bf/gf anda ada banyak kawan lelaki/perempuan/skandal/perempuan,lelaki simpanan/bapak,mak ayam..sugar daddy,mummy /dato,datin dan sebagainya...

jika anda mempunyai rakan yang sebegitu,itu sebenarnya realiti yang perlu anda tempuhi akhir zaman ini..
kesedaran yang tinggi amatlah diperlukan jika anda menghadapi perkara sebegini

-orang kata "kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai..
-kalau sudah sayang,mati pun sanggup.
-jangan diludah orang gila,kerana orang gila sendiri tidak berbuat sedemikian
-kalau ingin membina badan,jangan lah minum herbalife F1,SEBAB herbalife  F1 untuk kuruskan badan
-jika ingin berambut panjang,jangan simpan gunting dirumah

dan sebagainya peribahasa baru

ini pula tips untuk menghadapi peperiksaan

"TANPA MEMBACA,ILMU TIDAK AKAN DIPEROLEH"

asasnye ialah membaca.tak kiralah anda google kat internet pon,masih kena membaca jugak
kalau menonton astro pon,masih ada sarikata yang perlu dibaca (kecuali bola sepak tiada sari kata)

jika anda seorang yang pemalas,rajinkan diri anda..

sekian..

p/s

hati tak tenang ,sebab itu menulis,

berprasangka baik itu adalah amalan yang diharuskan/malah jika bertepatan dengan masa hukum nya sudah menjadi wajib.

jika anda seorang yang sihat tubuh badan dan berfikiran elok, anda tidak akan lakukan perkara dibawah ini
- anda membina badan tapi pada masa yang sama otak tak terbina
- makan nasi tangan kanan,minum air tangan kiri ,tapi anda makan nasi dan minum air selain menggunakan mulut
-kalau anda memiliki banglo,pastikan banglo anda dipanggil banglo..


'saya mahukan anda jadi seperti orang ini,orang ini dan orang ini.mereka hebat,mereka berbakat,mereka mempunyai sifat kepimpinan"

tapi anda lupa atau mungkin anda tidak tahu..

saya pernah mati dua kali.
dan diberi peluang untuk hidup lagi.

saya cuma mahu menyayangi semua orang selagi saya hidup lagi..
terima kasih malaysia..

saya bukan pro kerajaan,dan juga bukan pro pembangkang..terima kasih

bukan juga atas pagar,dan juga bukan di bawah pagar..

"kalau begitu pergi buat kerajaan sendiri!!!!"

dan seperti mana yang berlaku hari ni,sayangi negara anda.....kekalkan keamanan yang ada..kalau mahu lebih aman,pakai baju,ataupun nametag aman di tubuh anda (tapi apakah ini sudah cukup?)