Thursday 24 October 2013

Anda bertanya dan cekgu aidyl menjawab...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim.    

Hello hye,selamat petang dan selamat malam
Saya ucapkan kepada para pembaca ,pendengar,penonton,  yang berada diluar sana
Saya berharap semua orang sihat- sihat sejahtera hendaknya

Bertemu kita sekali lagi dalam blog ni,dah lama tak menulis ni terasa kekok pula.
Jadi disebabkan kekok,penggunaan bahasa yang mudah difahami amatlah digalakkan.

Jadi tujuan saya menulis ni sebenarnya ingin berkongsi,sedikit sebanyak tentang kehidupan saya selepas habis belajar ni..

Sekarang ni,kehidupan saya boleh diketegorikan dalam ketegori pre pekerjaan ataupun pre angguran( bahasa baru)        


Tak banyak yang saya lakukan selepas habis belajar ni.adalah sedikit projek mengambing,memberi ceramah motivasi free kepada kucing2 dirumah,menanam ubi,menjual buku terpakai.download paper exam,pos barang ke sabah,kacau awek orang,bergaduh manja ,belajar bahasa negro dan sebagainya..      


Oh ya..tadi mak saya kirim salam..
(Tetibe)

Jadi dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada beberapa rakan saya yang mengadakan majlis kenduri kahwin kerana saya tidak dapat hadir kemajlis anda..insyaallah jika anda kahwin lagi,saya mesti datang..( macamtu pulak...)

Jadi kepada rakan2 saya yang bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam masa terdekat ni,insyaallah saya tak datang lah..huahuahua..sebab saya sendiri akan berkahwin,jadi memang tak dapat datang(propa kuat)


Ok,gurau2 je

Kepada mereka yang sudah bekerja,selamat bekerja saya ucapkan,kerja elok2,jangan banyak merungut,nanti tak berkat rezeki tu...(ada masa saya cemburu jugak dengan kawan2 yang dah ada kerja,gaji pun besar,badan pun besar,saya seorang je tak de kerja tetap lagi.)

Ok lah..kembali kepada tajuk entry kali ini. Dimana tajuknya,anda bertanya,dan cekgu aidyl menjawab,

Jadi terbuka lah kepada sesiapa yang ingin bertanya,insyaallah dengan izin tuhan saya jawab lah..kalah tak dapat jawab,saya suruh dia google sendiri cari jawapan..

Jadi,buka hati anda bila anda membaca entry kali ini,bawak2 bersabar dan jangan marah..
(Kebanyakkan soalan dibawah saya ambil dari pengalaman hidup saya sepanjang menjadi pelajar,dan saya akan cuba menjawab dengan penoh "ilmiahnye")


Soalan 1

S-cekgu,saya ni hensem,adakah jodoh saya mesti seorang yang cantik?orang tua cakap,orang hensem ni,jodohnye mesti lawa,macam pinang dibelah dua..

J- awak memang hensem.poket hensem tak?...kalau poket hensem,bukan orang cantik je awak dapat,mak dia sekali awak dapat..

Soalan 2
S-saya suka dia,tapi dia tak suka saya,macam mana cekgu?sebab apa dia tak suka saya?
J-sebab gigi awak kuning....dan gigi dia putih,kalau awak jumpa orang yang gigi kuning cam awak,konfem dia suka awak juga ( mendalam ni maksud dia)

Soalan 3

S- saya hisap rokok,dan penah cuba untuk berhenti,tapi tak boleh,macam mana ni cekgu..saya nak berhenti hisap rokok

J- jangan risau..awak hisap je.satu hari nanti awak mesti berhenti hisap dengan sendirinye..(sambil menyalakan 5 batang rokok sekaligua,dan memberi kepada si penanya)

Soalan 4

S-dewasa ini,saya lihat,keadaan di malaysia,masyarakat suka berpecah belah disebabkan politik,diorang sanggup bergaduh kerana fahaman masing2,camne eyh nak buat cekgu.?..

J-senang aje,cari balik ayah pin,dan tanya dia,camne dia boleh satukan masyarakat berbilang kaum dibawah satu kerajaan,iaitu kerajaan langit...(kahkahkah)

Soalan 5

S-saye dengar cite cekgu gaduh dengan awek cekgu.ape citer?
J-awak nak baca tak,kat suratkhabar esok,kuar tajuk kat depan "murid disula cekgu"
Next!!

Soalan 6

S-saya rindu kat kawan saya.kawan saya jauh seberang laut sana,dia ade pakwe lain,dia selalu lebihkan pakwe dia.camne saya nak mengatasi kerinduan ni cekgu?

J-untuk mengatasi kerinduan,awak cuma perlu taip "on rindu"..cerita lah kat tuhan,cerita kat saya buat hape,bukan sayanye kawan pon...

Soalan 7

S-saya suka cekgu,cekgu suka saya tak?        

J-tak,sebab awak lelaki.tapi saya suka kakak awak..

Soalan 8

S-saya ada 3 orang kakak kembar,semua cantik,pandai,rajin,baik,pakai tudung,muslimah,sopan santun.jadi soalan saya,kalau dijodohkan dengan kakak saya,cekgu nak yang mana satu?

J-saya nak kakak awak yang bila malam2 saya kentut time tidur,dia kejut saya,pastu tanya saya"awak kentut eyh.?"kalau tade yang macamtu,saya tak mau.mendalam makna dia tu,kena pk betul2)

Soalan 9

S-cekgu setuju tak,bila ada pasangan bergaduh,diorang berperang lat fb,tweeter,pastu finally salah sorang tu block?

J- bagi saya itu hak masing-masing,nak bergaduh ke,nak blok ke,bukannye masok melodi pon,paling kuat,kawan2 satu kelas mengumpat je..



Oklah..dah penat..nanti sambung lagi..
Semoga adalah sedikit input yang diperolehi melalui perkongsian yang ntah ape2 ni

Semoga semua orang jaga diri baik2

Salam kerinduan dari kejauhan

Aidyl sulaiman

Rindu orang jauh,