Friday 20 July 2012

apa guna berpuasa jika tidak boleh bersabar?..

hello..
assalamualaikum

selamat pagi ingin saya ucapkan kepada semua pembaca blog hidup segan mandi tak mau ini..

di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak kepada semua penganut yang beragama islam yang berada diseluruh dunia..

ketika bulan puasa ini,penganut agama islam terbahagi kepada beberapa kumpulan


kumpulan yang pertama
berpuasa penuh..(cukup sebulan)


kumpulan yang kedua
berpuasa separa penuh ( mungkin cuma 15 hari,16 hari dan sebagainye)

kumpulan yang ketiga
pagi berpuasa,tengah hari dah berbuka

kumpulan yang keempat
tak berpuasa langsung (chaallloooo bettey)


kahkahkah..

sebenarnya terlintas dipemikiran saya ni untuk menulis selepas semalam (hari jumaat jam 3-4 petang)

saye terlibat dalam kemalangan kecil..

(telah ditabrak dari belakang oleh kereta waja yang dipandu oleh seorang perempuan)
lokasi..bulatan kat shah alam..yang ade traffic light tu..

tengah best2 nyanyi lagi ka hona pyar hei tetibe cam rase dilanggar dari belakang

(nasib baik kat roundaboard tu bawak perlahan..kalau tak arini penduduk di sekitar mardi boleh makan free (kenduri arwah) selama 4 ari..

kahkahkah

jadi nak dijadikan cerita,ketika dilanggar itu,aku sempat brek menggunakan kaki..(sakit oh..dah macam flinstones pulak)..

kemudian aku park dekat divider yang terletak bersebelahan roundaboard tu..

akak tu pon berhenti jugak,,tapi dia tak keluar dari kereta..cuma tunjuk body language thumbs up je

(kalau mengikut kefahaman aku,mungkin dia bertanya sama ada aku ok atau tak)..,

aku pon balas la thumbs up ... (tapi kaki ngah sakit..bebal betul..)
yelo..takkan la mau marah2 ..moto pon tade pape..tapi kaki sakit sampai la ni..tak dapat la aku mau berlari lagi..

pesanan buat pemandu wanita

(JANGAN JADIKAN KECANTIKAN YANG ANDA MILIKI SEBAGAI TIKET UNTUK MELANGGAR ORANG YANG TAK HENSEM SEPERTI SAYA NI)..


kah kah kah'

kembali semula menulis berkenaan tajuk yang mahu diutarakan'

sesungguhnya bulan ramadhan itu banyak hikmahnya..
kerana dijadikan ramadhan itu seribu satu kelebihan bagi mereka yang berpuasa
nak di jadikan cerita terdapat juga orang bukan islam mengakui kelebihan berpuasa ini.

saya rasa ramadhan kali ini sangat istimewa bagi saye kerana

-saya tak bekerja part time,atau jadi kuli kepada mana2 hotel
-mungkin dapat balik beraya di kampung pada tahun ini
-mungkin juga akan beraya dengan baju raya..dan bukan t shirt (seperti mana taun2 lepas,ibu bagi duit beli baju raya saya beli beg,pewangi ambipur,dan beberapa helai t shirt hitam)
-dapat lah saya berehat secukup-cukupnya (bersedia untuk operation barangkali.tak mau la pk benda yang bukan2
-berupaya mengurangkan berat badan/ukur lilit dipinggang

dan saya juga berharap ramadhan kali ini

-menjadi sangat istimewa kerana (saya pon tak tahu)
-dapat berpuasa penuh dan diberkati hendaknya
-dijauhi dari perkara yang boleh membatalkan puasa
-semoga ianya bukan ramadhan yang terakhir
-berbuka puasa seadanya saje
-dapat memenuhi jemputan berbuka puasa bersama peminat
dan yang terpenting sekali,
semoga amalan ibadah yang dilakukan ketika puasa ini,dapat diteruskan pada bulan2 yang lain juga

tuan2 dan puan2 sekalian

berpuasa ini selaion menahan diri daripada  lapar dan dahaga,ianya juga melatih kira meltaih diri kita supaya bersabar untuk menrmpuh ujian2 yang bakal mendatang

sesungguhnya kesabaran itu dituntut setiap masa (walaupun ketika tidur atau menunggu turn untuk membeli murtabak di bazar ramadhan)

jadi apa gunanya berpuasa jika anda tidak bersabar?
ujian itu bakal datang tidak kira masa,dan bentuk nya itu kita sendiri tidak akan tahu

ketika menghadapi perkara seperti itu,bersabarlah k

(sememangnya seorang kawan begitu mudah berkata "kawan bersabarlah ada lah rezeki kamu nanti" dan bagi mereka yang berhadapan itu..tidak ada apa sebenarnya yang boleh dilakukan melainkan bersabar)

sesungguhnya bersabar itu banyak hikmahnya...

setiap perkara yang berlaku itu ada cerita nya yang sendiri..ianya berada diluar batasan pemikiran manusia.kadangkala kita mengharapkan sesuatu berlaku (mengikut apa yang dirancang) tetapi tak semestinya ia akan berlaku,dan barangkali perkara yang lain pula yang berlaku


amboi..

penat la,panas giler ni..tade karen pulak kat umah

tapi..

kena lah bersabar..

kahkah

p/s

terima kasih saya ingin ucapkan kepada sekalian..
salam ramadhan saya ucapkan kepada semua..
semoga ramadhan kali ini memabawa 1001 erti kepada anda..

jika anda sedang bersedih,ceriakan diri anda dengan senyuman

terima kasih assalamualaikum



No comments:

Post a Comment