Tuesday 12 February 2013

penulisan..politik 1

elo selamat tengah hari kepada semua worang..

assalamualaikum 
hai selamat tengah hari..

(kenapa ucap selamat tengah hari dua kali?..konfius pe)..


hohohho..

kembali kepada penulisan,yang aku rasa kali ini padat dengan informasi semasa,mutakhir,segera,latest,ape lagi..hahaha

(latest la sangat..)

jadi belakangan ini,terdapat beberapa perkara berlaku around me..
(maaf eyh kalau bercampur2 bahasa..)

mungkin penulisan belakangan ni nampak terlalu cover2 (sebenarnya aku cuba untuk berlaku jujur pabila menulis,tetapi terdapat beberapa sebab yang perlu untuk aku lembutkan lagi bahasa pabila menulis)

hmmmm...
yang berlaku seminggu dua,sebulan dua,dan setahun dua,dua setahun ni,banyak memberi kesan kepada kehidupan aku..

"kita bercerita pasal politik lah best"

oh baiklah

sekarang ni secara umumnya,di malaysia terdapat dua,3 jenis kumpulan

yang pertama.KERAJAAN
yang kedua. PEMBANGKANG
yang ketiga.LALANG
yang keempat.TAK SOKONG MANA2.
yang kelima.BAYI DALAM PERUT
yang keenam.ORANG DALAM KUBUR
dan sebagainya

pada pendapat saya,apa yang berlaku pada hari ini,adalah sangat sukar untuk dilalui.Berbagai2 cerita keluar di dada Akhbar,di dalam Telebesen,di dalam radio, di dalam You tube.di dalam Blog,di dalam buku2 penulisan dan sebagainya

kebanyakkan berita yang keluar kita tidak pasti kesahihannya.

yang pihak kerajaan keluar kan berita ini
yang pihak pembangkang keluarkan berita ini

sampai rakyat semua keliru..

yang menyedihkan
apa yang berlaku pada hari ini sebenarnya
"dalam usaha untuk memecah belahkan keharmonian kaum di Malaysia"

persoalannya sekarang

"SIAPAKAH TANGAN-TANGAN HITAM YANG MENGGERAKKAN IDEOLOGI PEMISAHAN KEHARMONIAN INI?"

secara logik akalnya (aku rasa budak skolah rendah pon boleh berfikir benda ni secara rasional)

kenapa sesama kita mahu bergaduh mempertahankan ideologi masing2?

kenapa wujud nya fahaman seperti ini?..

didalam penulisan ini sebenarnya aku tak mau memburukkan mana2 pihak,kerana takut kesalahan fitnah boleh berlaku.

tapi kita boleh fikir,kenapa tidak kita bersatu membangunkan negara kita bersama?..

Mungkin saya tak sebijak untuk berkata2 didalam politik ini,dan faham kebanyakkan ahli politik diluar sana sanggup melakukan apa2 sahaja demi survival politik mereka..

kita di kalangan bangsa bawahan ini sebenarnya menjadi mangsa situasi politik begini

kita berdoa
supaya malaysia ini,semakin harmoni,semakin teguh rakyatnya,

kalau dikupas kembali cerita2 yang berada di blog2 pro kerajaan,pro pembangkang,kita boleh nilai sendiri melalui penulisan mereka..

bagi saya.

SEBUAH NEGARA YANG GEMILANG,PERLU ADA KERAJAAN DAN PEMBANGKANG YANG BEKERJASAMA MENGGERAKKAN NEGARA.

ketakutan yang berlaku pada hari ini,dan mungkin akan berlaku,sebagai mana contoh yang berlaku di negara mesir..

apabila rejim hosni mubarak ditumbangkan,naik pula mohd Morsi yang tinggi pekertinya,tapi apa jadi dengan mesir sekarang?..tiap2 hari masih berlaku rusuhan,padahal pemindahan pemerintahan telah dilakukan atas kehendak rakyat juga..


berada di situasi sebegini, sebenarnya jika kita menjadi pemimpin,kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak dalam sesuatu masa..

dalam berjuta rakyat dinegara sendiri,terdapat juga orang yaang tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin.dan orang2 sebegini perlulah diambil pendapat mereka supaya dapat membetulkan keaadaan yang salah..

tetapi,ini semua susah untuk dilakukan di Malaysia.(bila aku bercakap begini,bukan aku menyokong pembangkang)

berdoalah kita semua,supaya kita terus maju dan harmoni.kita tidak mahu suatu hari nanti,kita jadi pelarian di bumi sendiri


terima kasih.

aidyl sulaiman..
tq.aya





No comments:

Post a Comment