Monday 16 May 2011

kerna ku sayang kamu (4)

        kerna ku sayang kamu   “Kenapa Nick buat Rein macam ni?.kenapa!..”
Malam itu sang bulan menjadi saksi, kepada tangisan Rein.Dia tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa lebih-lebih lagi Nick.Bagi Rein,hati kawan-kawan perlu dijaga sebaik-baiknya.Mungkin sesetengah individu menyalah anggap  kemesraan yang dipamer oleh Rein..
        Persahabatan merupakan perkara yang sangat indah jika ianya dijalani dengan betul.Adalah tolol jika persahabatan dijalin dengan mereka yang membawa kehidupan kejalan yang  songsang.tapi itu semuanya adalah pilihan masing-masing.Bagaimana mereka dididik,dan bagaimana mereka melalui semua lambungan dugaan hidup,itu adalah pilihan mereka.
               “Rein kenapa ni?..kenapa duduk luar seorang ni.?..kamu ada apa-apa masalah.? ceritakan pada akak.Belakangan Rein selalu duduk seorang diri,kadangkala akak lihat awak menangis..Berat sangat ke masalah tu sampai bawa diri ni?..Ada masalah dengan teman ya?..
  “Bukan dengan teman,tapi dengan kawan…”Rein cuba membuka cerita pada malam itu
“kawan?..kalau kawan kenapa sampai macamni sekali?..akak rasa ni mesti ada masalah yang besar ni.sampai rein jadi macamni…
‘Sebenarnya…………..”
  Pada malam itu,Rein menceritakan segala-galanya apa yang telah terjadi pada dirinya.Kadang-kadang dia kurang faham dengan perangai Nick yang seringkali berubah.Adakala nya apa yang diperkatakan itu masih dapat diterima akal,tetapi cara Nick menghadapinya itu tidak dapat diterjemah oleh Rein.

             “Akak rasa cukuplah Rein..Rein sudah beri peluang pada diri dia untuk perjelaskan semuanya.Terpulang pada Rein untuk menerima nya kembali atau tidak..bagi pendapat akak,Rein perlu terus kan berkawan itu.Berkawan seperti biasa,tidak perlu rapat-rapat lagi..Rein sudah ada teman bukan?..sayangi dia sehabis baik.Kita tahu teman yang disana itu memang sayang kita,kita tidak perlu rasa kehilangan,kerana kita tahu,disuatu ceruk sudut,ada orang yang sayang pada kita dan sanggup tunggu kita.Kita kena balas dengan kesetiaan pada dia.,Bagi kawan rein pula,mungkin dia tidak dapat menerima semua ini sekaligus..
       “Lelaki rein…lelaki ini memang dilahirkan dengan ego...Kita memang tidak dapat ubah ego lelaki ini kecuali dia sendiri dapat tolong diri dia..Adalah baik dia punyai prinsip  sebegitu,seperti yang rein katakan tadi,dia tidak mahu ganggu teman orang lain,itu bagus,cuma mungkin apa yang telah berlaku itu serta egois pendirian dia ,dia mungkin tidak dapat menerima hakikat…Semuanya perlukan masa,dan peluang..”
           “Sekarang ini,Rein perlu beri peluang pada diri Rein,usah biarkan masalah ini mengganggu diri Rein,Rein cubalah lupakan semuanya …” 
 “Nick…Rein minta maaf….Rein pernah cuba merima Nick kembali,Tapi hati Rein tidak dapat dipaksa untuk menerima Nick semula..Maaf Nick..”
   Ungkapan maaf yang terbit di dalam hati Rein sebenarnya hendak dia ungkap kan tapi tidak pula sampai hatinya..apa yang dikatakan sayang dan suka itu tidak lagi terpahat pada diri Rein kecuali pada temannya dan rakan-rakan nya yang lain

No comments:

Post a Comment