Monday 16 May 2011

kerna ku sayang kamu (6)

kerna ku sayang kamu   “.Tidak apa lah…cukup lah selepas ini Nick sayang rein dalam hati sahaja..Bolehkan?..Rein pun tidak lah perlu mahu risau-risau lagi dan yang penting tak perlu menjawab lagi pertanyaan orang lain yang sibuk sangat bercerita tentang kita…”   “Dan tak usah risau,Nick tetap seperti dahulu..seperti sebelum Rein beitahu Rein sudah punyai teman..Cuma Nick minta maaf,Nick tidak boleh lagi mahu rapat-rapat lagi sebab Nick hormati teman Rein,walaupun teman Rein tiada disini”
  “Nick, maaf kan rein ya..Rein sukakan Nick,tapi Rein tidak tahu perasaan sebenar Rein terhadap Nick macam mana..ehm..”.
           “eyh..tidak apalah..Nick ok..jangan risau..Nick biasa sudah macamni..tak usah risau..jalani hidup ini sebaik mungkin..Rein sayangi lah teman Rein sebaik mungkin,dia sanggup tunggu rein,jadi rein balaslah dengan kesetiaan rein padanya ok..Nick biasa saja..
    “Rein tahu Nick mesti kecewa dengan jawapan rein tadi bukan?...Nick,maafkan Rein…Rein akan sentiasa hubungi Nick,untuk membuktikan Rein perlukan Nick…”..
“ehm..baiklah.Nick pegang kata-kata Rein..”

             ‘Rein…Nick rindu awak sangat-sangat….”..riak wajah mungkin dapat disamarkan dengan senyuman dan gelak ketawa,tapi titisan air mata yang ditahan serta kelukaan hati tidak dapat lagi menyembunyikan semua itu..Mungkin jika Nick tidak terlalu pentingkan diri sendiri,dia tidak akan kehilangan rakan baik seperti Rein..tapi apakan daya,peluang sukar datang sekali lagi,dan mungkin juga tidak akan hadir lagi…
            “apakah mungkin Nick punyai peluang lagi Rein?...ehm..Nick sayang pada rein..sayang dalam hati..cinta dalam hati..rindu dalam hati..cukuplah…”…
  Ironinya cinta itu umpama diri ditikam bambu berduri,walaupun sakit bagaikan ditarik nyawa oleh Izrail,tapi perit sakitnya itu ditahan kerana kasih dan sayang.
     Mencintai seseorang itu membuatkan seseorang itu sanggup memberikan apa sahaja,tetapi mereka yang meletakkan diri dalam situasi itu juga bermaksud mereka sangup berdepan apa shaja kemungkinan yang boleh berlaku..

               Cinta membuatkan seseorang senantiasa berfikir tentang keadaan diri sendiri serta pasangan yang disayangi nya itu.cinta yang berpaksikan kepada kasih sayang akan menghasilkan kebahagiaan yang       dicari.Cinta kerana nafsu akan menyebabkan minda itu lesu,serta melahirkan kemurkaan sang pencipta..
     Apabila diri disulam dengan cinta,diri perlu disiapkan dengan senjata iaitu kesetiaan,kejujuran,rasa tanggungjawab..keikhlasan akan membuatkan cinta itu lagi suci,umpama menapis air yang sedia kala jernih,apabila ditapis lagi,kejernihan itu akan lebih terserlah
  Apakah mungkin niat yang disertakan Nick itu tidak sesuci apa yang Rein mahukan..Nick tidak menyalahkan Rein kerana Rein sudah sedia ada berteman,mungkin juga salah Nick yang terlalu mudah menyintai serta mempercayai seseorang begitu mudah..
              Tidak mungkin seseorang seperti Nick itu tidak berfikir terlebih dahulu sebelum menyintai seseorang..perasaan sayang itu merupakan hak individu yang paling berharga dan tidak mampu dimiliki kecuali jika seseorang itu berjaya merebut hati orang yang disayanginya.

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakini ku
Kau tercipta untuk ku

    “apa mungkin aku terima lagi apa yang dikatakan tercipta untuk mu itu Rein?sayang itu mungkin akan berubah tetapi apa yang dikatakan rindu itu masih menebal dalam diri..aku selalu mengharap dan mendoakan nya”…

No comments:

Post a Comment