Monday 16 May 2011

kerna ku sayang kamu (5)

kerna ku sayang kamu   “U,Nick dah jahitkan baju untuk U..Warna merah ,seluar nya warna coklat..Nick  jahitkan sendiri ni.Sampai lewat malam Nick jahitkan.Mari Nick pakaikan…”..begitulah sikap Nick ,semenjak dia tidak rapat lagi dengan Rein,patung beruang itu merupakn temannya bercakap-cakap di bilik.Dikenakan patung itu dengan pakaian,di sapukan minyak wangi ke atas patung itu.Kenapa semua benda sering tidak pernah menjadi bagi Nick?.
       Kesedihannya itu mungkin telah mengawal emosi remajanya..Tatkala itu,mugkin tiada apa yang dapat lagi dia perjelaskan apatah lagi memujuk Rein untuk menerima nya sebagai rakan..
”Pabila manusia melakukan kesalahan, mengapa terus dihukum tanpa diberi peluang untuk memperbaiki? Apakah adil bagi perlaku kesalahan itu dibiarkan berdiri sendiri,tatkala tubuhnya longlai kesan ditusuk kesedihan?.”Luka lama itu belum lagi kekeringan darahnya akibat kesedihan dulu malah ditambah lagi luka yang baru malah lagi tajam bisanya....
 Mungkin itu sifat manusia.Mungkin itu juga sesuatu ketentuan yang telah tuhan tuliskan pada buku hidup masing-masing.Ketika ini,kekuatan serta dorongan beragama banyak membantu..Tatkala kesedihan sampai diaras emosi,tiada apa lagi yang dapat menjadi dorongan pada akal..
“U,kita doa banyak-banyak ya.Nick,sudah sayang pada Rein,susah Nick mahu lupakan semua perkara,Nick malu U..malu pada Rein,Kenap Nick bodoh sangat buat Rein macam tu?.U,U jangan tinggal Nick ya.Nick tidak ada siapa-siapa lagi dekat sini..Nick sayang U sangat-sangat,Nick tak mahu buat macam tu pada U…Nick tak mahu hilang siapa-siapa lagi.”..




“You..jangan tinggal I ya”..
       Perkataan itu mungkin tidak akan lagi diterima..ia merupakan satu kenangan,”ehm ya,satu kenangan,satu kenangan yang mungkin dapat membunuh kegembiraan pabila diingati kembali..susah mungkin kerana ianya sudah tersemat di hati,kenangan itu bukan sekeping kertas yang jika sudah lusuh dilemparkannya oleh tuannya ke tong sampah
   “Lain kali jangan buat macam itu pada orang yang awak suka,Bukan semua orang dapat terima cara awak.dan ingat perempuan itu bukan seperti lelaki,ada juga perempuan yang tabah hatinya,tapi lahiriahnya tetap seorang perempuan.Sudahlah ,lupakan semua Nick..Lupakan Rein,Lupakan apa yang dikatakan sayang itu pada rein..”..
       Berbagai perkara yang difikir oleh kedua-dua individu tersebut.Baik rein mahupun Nick masing-masing punyai masalah sendiri.Kedua-duanya terlalu menjaga sesuatu.Mungkin Rein lebih tahu apa yang terjadi sebenarnya.Tapi dek terlalu menjaga hati Nick,dia sanggup menelan pahit yang akhirnya,pahit itu telah mencalit luka pada hatinya..
                    Terlalu banyak perkara yang ditanggung oleh Rein.Masalah yang menimpa dirinya sendiri,ditambah lagi rakan-rakan nya yang sering bergantung pada Rein..Rein orang yang baik,apa yang dikatakan Kawan itu menjadi salah satu dari keutamaannya dalam hidup..Tapi mungkin, kadang kala melakukan kesilapan, kebaikan yang pernah dilakukan akhirnya bertemu noktah dan keburukan pula menyusul selepas noktah tersebut
  
“Dulu Rein pernah rapat dengan dia,tapi dia suka suruh Rein buat itu,buat ini..Eish,rimaslah..Rein bukan budak-budak lagi lah,Rein tahu nak jaga diri macam mana..Rein harap Nick tak macam dia ya..”.
 “Rein.mungkin dia jadi macamtu sebab dia ambil berat pasal diri Rein.Rein tak boleh cakap macamtu,setiap benda yang kita buat ada sebab..Rein kena banyak fikir positif..ehm..sudah lah,lupakan semua.Nick  tak mahu ulas balik sebab itu masalah rein dengan dia. kena selesai elok-elok.Tak mahu benci-benci orang ya..”

No comments:

Post a Comment