Monday 16 May 2011

kerna ku sayang kamu (11)

kerna ku sayang kamu …”kak long,lama lagi ke nak membeli ni?..Penat dah kaki Rein ni kak long.”
“Ye la,kesian adik akak yang seorang ni..mari lah akak belanja Rein makan..Upah Rein sebab teman akak pergi shopping..”
  “kak long,kita makan di café Starbuck ya?..yang di luar KLCC..”
“baik lah Rein..ikutlah Rein nak makan kat mana ok…”
            Apa yang telah berlaku kepada rein,membuatkan Fiza lebih bertanggungjawab pada adiknya.Tidak dia mahu adik kesayangannya itu menderita sakit lagi.Mungkin sebelum sakit Rein melarat,Fiza lebih menumpukan kepada kerja berbanding adiknya itu.
  Setiap perkara yang terjadi,barangkali ada hikmahnya dan terpulang kepada si penerima ujian itu untuk  menghadapinya.Bagi Rein,semangatnya kuat,mungkin jika insane lain menerima ujian seperti  Rein, barangkali mungkin sudah terjelepuk berputus asa..
   “Nick…Hina ke orang yang tak memakai tudung ni?”
“ehm,soal ini soal agama..siapa yang mengatakan begitu,dari segi agamanya,tidak salah,namun apa yang ditegaskan  itu,barangkali akan  merendahkan diri seseorang..Baiklah..Dari umumnya,pemakaian tudung itu adalah wajib bagi wanita Islam.. dan Rein memilih untuk tidak memakai tudung..Rein tahukan apa hukumnya?..Rein sudah pilih jalan ini,jadi Rein kena bersedia untuk menerima semua pandangan yang dilemparkan pada diri Rein..Mungkin Rein tidak sedia lagi  bukan?...Ehm Cuma Nick Kurang setuju jika mereka yang melempar kata-kata penghinaan terhadap perempuan yang tidak bertudung itu..bagii nick,banyak lagi nasihat yang boleh diberi tapi bukan dengan cara menghina orang lain..”
   Apakah mungkin isu agama ini sudah lapuk?...ianya tidak akan pernah lapuk kerana ia sentiasa akan mendapat tempat..Isu agama perlu dibincang dengan lebih teliti..Islam sendiri mengajar untuk berbahasa sopan dalam memberi nasihat kerana kata-kata yang manis itu 1000 kali lebih berhasil daripada cercaan yang barangkali akan menyebabkan dendam
“Ini kak long punya coppuchino,dan ini Rein punya ice mocha blended...dah lama tak minum ice blended kak long..kak long jangan beritahu baba ya..kalau dia tahu mesti dia marah rein nanti”
       “Kali ini je tau..Rein mana boleh minum air sejuk,ehm kak long risau la Rein..kak long tak mahu kalau Rein perlu dibedah lagi,Cukuplah hari itu kita sekeluarga risau pasal Rein..Lebih-lebih lagi baba..Dia tak mahu makan selagi Rein tak selesai dibedah..”
 “ Yelah kak long..”
Tekak yang dahaga itu dibasahkan dengan hirupan air yang digemarinya..sedang dua beradik itu asyik berbual,pendangan Rein tiba-tiba tertumpu pada satu kelibat lelaki mendukung bayi perempuan kecil memasuki premis francais tersebut..Gelagat lelaki tersebut benar-benar Rein tahu..
“Nick?...tapi bayi siapa yang didukungnya itu?..”getus Rein dalam hati..
       “Rein,kenapa ni?...dari tadi asyik memandang lelaki tu?..kenapa?..
“Rein macam kenal lelaki tu kak..”
  “Betul ke?.siapa Rein?..”
    “Nick..”..
“Terpulang pada Rein..tadi Rein ceritakan pada akak pasal nick,alih-alih dia ada di depan mata Rein sekarang”…
  Fikiran rein mula bercelaru ..Hatinya mula gembira jika lelaki itu adalah Nick,namun Rein mula berfikir tentang bayi perempuan yang didukung lelaki itu…Rein menghampiri lelaki dari belakang dan menyapa lembut lelaki itu..
“Maaf..Awak …Nick?..Nick Rafli..?”
     “ya saya…” lelaki itu memaling muka nya menghadap Rein..
       “Rein?...Awak?...Awak Rein bukan?..Serentak air mata mengalir membasahi pipi kedua-dua rakan tersebut..
“Ya  Nick,,,Ni Rein..”
        “Rein, Awak sihat?..Duduk dulu Rein..” hatinya barangkali tidak dapat menahan kegembiraan..Air mata yang mengalir membuktikan bahawa rindunya selama ini terhadap rakan yang dikasihinya itu akhirnya terbalas dengan pertemuan mereka setelah tiga tahun berpisah…
“Rein sihat…Nick apa khabar?
  “Nick sihat juga Rein..Nick baru tiba tengah hari tadi..Terus pergi KLCC ni,shopping sikit,sebelum balik rumah Famili di Serdang..Rein buat apa sekarang?...”

“Rein masih belajar lagi Nick.Rein sambung ijazah di uitm lagi,tapi di Shah Alam saja..”
   “ouh,OK la tu..Famili Rein macam mana?.semua sihat?...”
“Semua sihat..Baba baru lepas sembuh dari penyakit jantung..Mama dengan kak long sihat je..Kak long ada kat hujung sana..”.
  “ehm.panggil lah kak long ke sini.”
      “Tak perlulah..Rein mahu duduk berbual dengan Nick saja..”
“baiklah..”...
   “Nick…Mana mama pada baby ni?..Dari tadi Nick dukung baby ni..tapi tak nampak pula mamanya..”
“Mama?...Baby ni tiada mama..Nick lah mama dan papa baby ni Rein…Nick ambil anak angkat,sewaktu di luar negara,Nick rasa sunyi sangat,jadi nick buat permohonan ambil anak angkat.”
        “Nick..nick..kenapalah Nck tak cari pasangan sewaktu kat luar negara tu?..kan ramai perempuan yang dapat ubati sunyi nick…?..Siapa nama baby ni Nick..? comel lah..”
“Reina Dylisya…” jawab Nick Ringkas…
“Rein..Sejak ada Reina Dylisya,sunyi Nick terubat..Bukan sebab Nick kecewa dengan apa yang berlaku dulu tapi hati ni masih belum terbuka lagi…
          “Kenapa Nick?..Kenapa Nick tak dapat terima orang lain?”
“Sebab Reina Dylisya dan kerna ku sayang kamu”

No comments:

Post a Comment