Friday 9 January 2015

mitsubishi electric..produk kelengkapan rumah model 2015





Syarikat gergasi Mitsubishi.co melalui anak Syarikat Mitsubishi Electric telah melancarkan beberapa produk kelengkapan rumah dan saya berkesempatan untuk mengikuti majlis pengenalan produk tersebut yang diadakan di ibu pejabat Mitsubishi Electric Petaling Jaya,Selangor.

Membuka tirai 2015,Mitsubishi Electric memperkenalkan beberapa produk baharu merangkumi pelbagai varian seperti alat pendingin hawa,pengering tangan,kipas dan peti sejuk.

Selaras dengan slogan Mitsubishi,“Change for the better”,rangkaian produk yang diperkenalkan dipertingkatkan lagi keupayaannya sebagai contoh alat pendingin hawa.


Teknologi penapis nano platinium yang direka khas mampu untuk menapis habuk dua kali ganda lebih efisien dari penapis konvesional yang sedia ada. Ciri kedua yang terdapat pada pendingin hawa Mitsubishi ialah keistimewaan reka bentuk ram yang membolehkan aruhan angin bertiup memenuhi setiap inci ruang dirumah.
Pengguna tidak perlu risau dengan caj tenaga elektrik yang bakal dikenakan,ini kerana alat penghawa dingin dari Mitsubishi ini,telah dianugerahkan rating 5 bintang oleh Suruhanjaya


Tenaga. Ini bermaksud penghawa dingin ini beroperasi dengan kadar tenaga elektrik yang rendah.Selain keistimewaan tersebut,pengguna boleh melakukan tugas penyelenggaraan sendiri keatas pendingin hawa semudah 3 langkah.ini menjimatkan lagi kos penyelenggaraan kerana pengguna tidak perlu mengupah individu lain untuk melakukan tugas tersebut.

Varian kedua yang diperkenalkan oleh Mitsubishi Electric ialah alat pengering tangan ataupun Jet Dryer. Dengan kehadiran Jet Dryer ini,tugas untuk mengeringkan tangan lebih mudah dan cepat.Pengguna Tidak perlu lagi menggunakan kertas tisu ataupun kain basahan untuk mengeringkan tangan.




Dengan hanya mengambil masa selama sepuluh saat,tangan anda bersih dan kering,Jet dryer ini direka khas supaya,ia mesra pengguna.Ini kerana ia mampu mengeringkan tangan tanpa perlu disentuh


Turut menyusul, varian ketiga yang diperkenal oleh Mitsubishi electric adalah kipas angin



.Kipas ini didatangkan dengan pelbagai saiz dan warna bagi memenuhi kehendak pengguna.Disertakan dengan warranti selama tiga tahun,Kipas yang direka oleh Mitsubishi Electric ini dilengkapi dengan perlindungan fius berkembar.Aplikasi teknologi perlindungan fius berkembar pada rekaan kipas ini berfungsi jika berlaku insiden seperti aruhan tenaga berlebihan, fius yang pertama akan bertindak memberhentikan kipas secara automatik jika motor kipas terlalu panas dan fius yang kedua akan memutuskan bekalan tenaga elektrik dari sumber utama.

Reka bentuk kipas yang dipertingkatkan bagi memenuhi spesifikasi keselamatan dimana bahan yang digunakan untuk menghasilkan kipas tersebut terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar. bahagian motor kipas pula dilindungi dengan penutup khas sebagai langkah pencegahan serta meminimumkan kebarangkalian kemalangan.


Menerusi varian ke empat,Mitsubishi Electric menawarkan peti sejuk berteknologi tinggi.

Binaan peti sejuk yang besar sehingga mencapai kelebaran 950mm,membolehkan pengguna menyimpan bahan-bahan makanan dalam kuantiti yang banyak.


Bersaiz besar tidak bermaksud ia memerlukan tenaga yang banyak.Kesemua peti sejuk yang ditawarkan Mitsubishi Electric ,dianugerahkan dengan rating 5 bintang oleh suruhanjaya tenaga. Antara keistimewaan yang ditawarkan pada peti sejuk ini,iaitu mod ekonomi(eco mode) dimana Ia mampu berfungsi menyelaraskan penggunaan elektrik secara automatik ketika penggunaan pada waktu puncak.Teknologi kilang vitamin (Vitamin factory) yang dibina pada peti sejuk ini bertindak seolah-olah matahari dalam membekalkan vitamin pada sayur-sayuran.Fungsi ini bertujuan untuk menjamin kesegaran sayur-sayuran yang disimpan dan tahan lebih lama.





1 comment:

  1. Operating and installation instructions Combi 30 HE 2.0 General 7 3.0 Operation of the device 8 4.0 Technical data 9 5.0 Dimensions and fastenings 10 The boiler complies with the requirements of the statutory regulations "The
    boilers
    .

    ReplyDelete