kerna ku sayang kamu “Saya harap lepas ini,awak jaga kesihatan awak..I,m very sorry miss Reina,im afraid to tell you,your illness getting worse..Jaga diri baik-baik..Jangan lasak sangat it can be fatal for you..Ok..Saya akan beri awak ubat..Tapi kali ini lebih sedikit dari yang dulu..”
“Doktor,bagaimana dengan peluang saya untuk sembuh? “
“Untuk sembuh itu ada, selepas ini awak perlu jalani rawatan susulan dari masa ke semasa dan pada masa yang sama,saya akan cuba cari mana-mana doktor yang lebih pakar untuk dirujuk mengenai penyakit awak ini.Pada hemat sya,penyakit ini sudah biasa ditemui,tapi mungkin sebelum ini awak kurang endah tentang dengan kesihatan awak,Jadi mengenai tahap penyakit awak ini,saya rasa awak perlu lebih banyak beri perhatian tentang kesihatan awak..”
“Baiklah doktor…”
Rein tahu dia menghidapi penyakit yang sangat serius, dan dia tahu jawapan yang aka diterimanya bukan lah jawapan yang positif.Mungkin ini adalah salah satu ujian bagi makhluk yang dijadikan oleh tuhan..Ianya tidak pernah diminta, ianya datang secara kebetulan,dan ianya merupakan kurniaan tuhan..Bagi mereka yang tabah seperti Rein, dia dapat menerimanya…
“Macam mana tadi temu janji dengan doktor? ”
“Entahlah Nick, kalau ada umur yang panjang,adalah..”
“ehm…”
Bagaimana agaknya perasaan Rein pabila mengetahui gangguan kesihatannya yang dihidapinya itu dapat mengancam dirinya..?..Bagi Nick pula,ia merupakan sesuatu yang merisaukan dirinya,kerana dia menyayangi Rein..
Rein menyimpan hasrat untuk merahsiakan semuanya dari pengetahuan rakan-rakanya kerana dia tidak mahu rakan-rakan risau tentang keadaan dirinya.Mungkin mulut itu berupaya untuk menyembunyikan rahsia itu, tetapi lama-kelamaan rakan-rakan nya menyedari yang rein sebenarnya menderita sakit melalu riak wajahnya yang senantiasa lesu…
Tiada lagi senyuman manis yang terukir di wajah rein..Dulu dia dapat menyembunyikan semuanya dengan senyuman,tidak pernah Nick tahu sebenarnya di balik senyuman itu,Rein sedang berjuang melawan perit sakit yang sentiasa mengancam diri,dan berbagai lagi masalah yang ditanggungnya..
“Sudah lah Nick,tak perlu risau sangat pasal Rein..Rein bukan budak-budak lagi,Nick buat Rein rasa rimaslah,asyik tanya itu,tanya ini..Bila fikir balik Nick ni siapa saja pada Rein?...kawan saja,tak perlu mahu sibuk-sibuk sangat pasal diri Rein..famili Rein pun tak pernah sibuk sangat pasal diri Rein, inikan pula Nick”..
Hati mana yang tidak rasa terguris pabila orang yang kita sayang,yang kita jaga hatinya,berupaya berkata sebegitu pada kita..sedih itu tidak dapat lagi diungkap dengan kata,ianya dapat ditrjemah dengan titisan air mata mengenangkan kerinduan pada rein..
“Cukuplah,sampai disini saja,aku sayang pada kau..Rindu pada kau..Aku simpan semua ini dalam hati,aku tetap sayang pada kau,tetap rindu pada kau..Hati aku masih ada ruang utnuk mengenang kegembiraan dan kesedihan, hati ini masih dipalit rindu dan sayang pada kau rein..”…
Tuhan..aku tahu aku banyak berdosa pada kau..aku umpama kan kebaikan yang telah aku buat Cuma setitik dari kejahatan yang bagaikan air laut…Aku tetap bermohon kepada mu..Berikan aku kekuatan,ringankan beban keatas ku,berikan aku kemudahan..Selamtakan orang yang aku sayangi,ringan kan penderitaan keatasnya….
No comments:
Post a Comment