Monday, 16 May 2011

kerna ku sayang kamu (10)

kerna ku sayang kamu  “..Ehm…Dah tiga tahun aku tinggal kan Malaysia..apa khabar agaknya orang Malaysia ya?”  “..Rein, kita dah tiba Malaysia..Nanti kita balik rumah ya..Baba nak bawa  Rein pergi KLCC dahulu..Nak beli baju Rein, baju baba.Kita pergi shopping dulu ya.”..
Sudah tiga tahun, Nick tidak pulang ke Malaysia,cukuplah baginya dia membawa diri keluar negara bagi menunaikan cita-citanya untuk menyambung pelajaran nya dalam bidang masakan..Mungkin juga pemergiannya itu adalah untuk melupakan segala-galanya..Lebih-lebih lagi kenangannya ketika bersama dengan Rein
   “Wahh KLCC,masih lagi berdiri megah mengetuai semua banunan pencakar langit di Kuala Lumpur..baba masih ingat lagi Rein..dulu baba dengan teman baba selalu datang sini..Ambil gambar, makan-makan.. Apa khabar agaknya mereka semua ya..? ”
Tempoh tiga tahun juga, pelbagai perkara yang telah terjadi.. Rein kini telah sembuh sepenuhnya..Dia melanjutkan pelajaran di dalam universiti di dalam negara.. keputusannya untuk terus menyambung pengajian di dalam negara disebabkan dia tidak mahu berjauhan dengan ayahnya..cukuplah selama tiga tahun dia berjauhan dengan ayahnya,dia tidak sanggup lagi untuk berjauhan dengan ayahnya yang kini juga semakin sembuh..
“Baba, Rein mohon mahu keluar ya..Rein dengan Kak Long mahu pergi KLCC.Nak teman kak Long pergi shopping.”
“Ehm..pergilah..Hati-hati jalan tu Rein..”
“Baik baba’’

“Kak..Rein rasa lain lah hari ni.”
        “Lain apa pula Rein..? Akak tengok Rein biasa  je..Rein tak sihat ke?..Kita batalkan lah kalau Rein tak mampu nak pergi”..
“Eyh..tak perlu lah kak..Dah hampir separuh jalan dah kan..Takkan mahu patah balik..”
        “Ehm baiklah..tapi kalau rasa tak sedap badan beritahu akak tau..Jangan diam-diam je..Awak tu baru je sihat.Takkan mahu sakit lagi kan?..”
“Akak,bila akak sebut pasal sakit,Rein teringat pada seorang kawan Rein..Dia dulu menghidapi sakit serius juga..Apa khabar agaknya dia sekarang..”
      “Mungkin dia sudah kahwin agaknya..Melepas la adik akak ni..huhuhu….”
“Akak ni suka la sakat Rein kan?..Dulu Rein pernah minat pada dia..tapi Rein sudah ada teman waktu itu..Kami pernah bermasam muka..sejak peristiwa tu kami langsung tak pernah bertegur sapa..Dia seolah-olah melarikan diri dari Rein..Rein rasa sampai bila-bila pun dia akan merajuk..dia tu degil kak..sangat lah degil orangnya..Bila kenang balik kenakalan nya, Rein nak tergelak pun ada.. tapi Rein tak sampai hati.takut dia terasa pula..Dia tu lain dari yang lain lah..”
       “Rein doakan lah supaya dia selamat, Akak tahu ,Rein rindu pada dia..Kalau tidak masakan Rein ceritakan pasal dia tadi kan?..”
“Rein…ehm..Rein ,rindukan Nick..”
    Perasaan ridu itu sentiasa akan lahir pabila diingat kembali kenangan yang dulu.Mungkin juga ada yang berupaya untuk melupakan nya , namun jika ianya melibatkan persoalan kasih dan sayang barangkali ianya akan melekat diingatan untuk selama-lamanya.
      Pabila diingati semula perkara yang telah lepas,mungkin jika dapat diulang kembali masa itu kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kita tidak akan mahu membuat kesilapan dan akan cuba untuk memperbetulkan semula apa yang telah rosak.Kematangan berfikir itu akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah dan alangkah bagusnya andai ketika itu kita mampu berfikiran matang tapi apakan daya kita sebagai manusia……
  




No comments:

Post a Comment