Monday, 16 May 2011

kerna ku sayang kamu (1)

kerna ku sayang kamu…”Eyh,termenung jauh nampak?..kau buat apa duduk seorang kat sini Nick ? Mari lah campur dengan kami.Kau duduk sorang-sorang apa kau dapat? ...Dah , jom bersiap !, ikut aku ke pantai. Budak-budak mahu berkumpul petang ni” ujar Khair, seorang rakan yang Nick kenali sewaktu mula-mula sampai ke universiti dulu
  ”Buat apa ke pantai tengah-tengah panas terik ni? pengsan aku nanti kalau panas sangat. Malaslah.Aku……” percakapan itu terhenti, suasana sunyi seketika....menitis air mata Nick ketika itu..
    ”Nick, kenapa ni ? kau ada masalah ke? kau ceritalah.. mana tau aku boleh tolong.Kalau tak dapat selesaikan,sekurang-kurangnya dapat jugak ringankan beban kau..”…
  “Aku tak mahu ke pantai…
Khair, aku tak mahu susahkan kawan-kawan dengan masalah aku”…..
    ”Hai Nick….Nick, kau tak pernah susahkan aku.. malaH tak pernah juga pada kawan-kawan lain..Kami sampai naik  risau, lihat kau selalu bersendirian.Kami bukan tak mahu tegur,tapi kami cuma tidak mahu buat kau rasa tak selesa dengan kami,Kami tau  kau ada  masalah,tapi cara kau tu,seperti tak mahu kami tolong kau..”..
     “Khair…aku ada benda mahu cerita sama kau..tapi bukan sekarang ya.”
“Boleh Nick, bila-bila ada masa kau boleh ceritakan ok..aku rasa dah dua tahun kita kawan,ini kali pertama kau mahu berkongsi dengan aku..Dah,usah macamni lagi..aku tak suka lihat kawan aku sedih.Kau lihat aku,mana pernah aku sedih..I’m always happy..”
  “alaaa…sudah lah kau,mana ada kau selalu happy?...haritu aku lihat kau menangis kena marah dengan lecturer..”…sindir Nick pada rakannya itu
“mana ada?..aku sahaja berlakon lah,kalau orang kena marah,kena lah buat muka sayu,takkan aku mahu buat muka selamba je..Menjiwai watak tu penting  lah..”..
        





Kesunyian petang itu pecah dengan derai tawa kedua rakan tersebut.Nick bukan lah seorang yang berperwatakan sedemikian pada awalnya,tapi mungkin dengan perjalanan hidupnya yang penuh liku itu,membuatkan nya tertekan,menjadikan dia seorang yang terlalu memendam sesuatu.
    .Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.Mungkin tuhan mahu menguji hambanya.Tuhan tidak kejam dengan menghukum atau memberi  ujian kepada hambanya sehingga melampaui batas-batas sebagai manusia…Sesungguhnya tuhan itu maha mengetahui apa yang berlaku pada hambanya,kerana Dia yang merancang semua 

 
“Nick… maaf lah,Rein  rasa Rein tak boleh nak teruskan semua ni dengan Nick. Nick dah buat Rein macam ni,susah Rein nak terima Nick semula.Rein dah cuba Nick,tapi hati rein dah tiada ruang lagi untuk terima Nick.Bagi Rein,Nick dah tiada lagi…”..
  “Rein kenapa rein buat Nick macam ni ?,Nick tahu Nick dah buat salah,tapi kenapa sampai macam ni sekali hukuman Rein?..Rein ,apa yang kita lalui ni sebenarnya untuk menguji kita,semuanya terpulang pada kita macam mana mahu selesaikan nya,Nick cuma perlu ruang dan waktu untuk ceritakan semuanya.Nick bukan sengaja mahu buat Rein macam ni”
    

No comments:

Post a Comment