assalamualaikum
selamat kembali membaca blog tenggelam timbul ini
semoga semua orang sihat sejahtera hendaknya..
salam aidiladha aku ucapkan kepada semua pembaca,
semoga aidiladha kali ini membawa seribu satu erti pengorbanan kepada diri pembaca dan penulis blog ini
setelah sekian lama tidak menulis kerana ketiaadaan idea serta berkurangnye keupayaan untuk menulis,terbuka hati sekali ini untuk berkongsi perkara yang bermain2 di benak pemikiran serta dicelah2 susunan sel2 yang berada otak pesakit(aku la tu)
jadi idea untuk menulis berkaitan entri kali ini (Pertanyaan Cintan Cintun Besama Cekgu) datang dari pengalaman hidup apabila aku diasak dengan pertanyaan cintan cintun (padahal diri sendiri karam di laut) oleh rakan serta kenalan..
yang paling menakjubkan sekali,pertanyaan yang dilontar,adakalanya di luar batas pemikiran aku sendiri,jadi jawapan kepada pertanyaan tersebut,barangkali sedikit tersasar,ataupun tidak berkait secara langsung dengan soalan yang ditanya..
so
buka hati serta minda,jangan baca ketika marah,terima tulisan ini seadanya,kalau salah,itu semua kelemahan aku...
pertanyaan 1
"cekgu,saya seorang lelaki,punyai ego..adakah jika bersama perempuan,saya perlu ada ego tersebut?atau berlembut dengan perempuan?"anda seorang lelaki.jadilah lelaki.ketika anda bersama perempuan,jangan pula menjadi perempuan
Pertanyaan 2
"cekgu,saya suka pada seorang lelaki,tapi saya malu untuk bagitahu dia yang saya suka dia.bagaimana saya mahu bagitahu dia yang saya sukakan dia?"
apa guna mak ayah belikan henpon ?hantar je lah sms..ape la
Pertanyaan 3
"saya bergaduh dengan girlfren saya,saya sudah minta maaf,tapi selepas kejadian tersebut berlaku,segala nya telah berubah.apa saya nak buat ni cekgu?..kadang2 tidur tak lena,mandi tak basah.."
awak pergilah masuk meminang
Pertanyaan 4
"saya sudah ada boyfren,boyfren saya baik sangat2.pada masa yang sama,ex saya datang cari saya balik.saya pon layan je dia..lama kelamaan,saya sayang ex saya semula.ex saya tu sudah ada girlfren,apa perlu saya buat cekgu?saya sayang kedua2 nya"
sekejap lagi,saya bagi awak pisau,awak tikam salah sorang,
pertanyaan 5
"saya berjumpa dengan seorang perempuan.baik budi bahasanya,sopan santun.pakai tudung.tapi dia tu girlfren orang lain.macam mana nak hilangkan perasaan suka tu eyh cekgu?"
sila bukak fb,ramai lagi awek bertudung yang single.cuma perlu tekan butang add friend sahaja
pertanyaan 6
"cekgu,saya ade pakwe,pakwe saya ni hensem,macho,bergaya,kaya raya,duit raya,jalan raya,semua dia ada..satu je kekurangan dia,ketiak dia berbau,macam mana nak bagitahu dia yang ketiak dia berbau.saya takut lah,kalau nanti dia terasa,abislah saya tak dapat harta dia..."
cuba bau ketiak awak..banyak komplen je
Pertanyaan 7
" semalam saya menangis,arini saya menangis,esok saya menangis..kenapa hidup saya perlu macam ni cekgu?..kerana perempuan saya menangis,bila je saya boleh berhenti menangis
zzzz..tade pertanyaan lain ke?..next..
Pertanyaan 8
"saya selalu gaduh dengan pakwe saya.pas gaduh mesti baik balik.bila dah baik,mesti gaduh balik,dan macamtu lah selalunya.saya risau,apakah ini berlarutan sehingga kami kahwin nanti"
gaduh je la..bukan mati pun..ape la
pertanyaan 9
"cekgu ada fb tak?..apa nama fb cekgu?..kenapa cekgu jarang online?..kalau cekgu online,selalu pula update status merepek2.."
tade kaitan dgn cinta langsung..next..
pertanyaan 10
silap hari bulan,awak yang pergi dulu dari bf awak..
"
kahkahkah...yg ketiak bau tu takleh blaaaa!!
ReplyDelete