assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan selamat petang serta selamat sejahtera..
ketika ini mood menulis sebenarnya kurang ada,
tapi perlu diteruskan juga supaya idea untuk menulis itu tidak akan hilang
.sekurang kurangnye dapatlah aku berkongsi pengalaman.
manalah tau ada diantara pembaca,satu ketika nanti punyai kenalan yang menghidap penyakit yang sama atau pun yang berkaitan dengan kepala.
semalam malaysia kalah bola sepak.dan saya sedih..dan saya pegi tengok sorang kat kedai mamak.jerit juga sorang2..hohoho
ok..kembali lah bercerita untuk katil yang ke 4 ke 5 dan ke 6
katil 4th = abang melayu...
sakit = urat saraf/salur darah pecah
kesan = bahagian sebelah kanan tak kuat
status = belum operate
waktu masuk wad ni..abang melayu yang berumur 30 an ni ditemani isterinya.dan dia bakal menjalani angiogram..mase masuk wad tu dapat la berbual sekejap dengan dia..dalam pukul 10 pagi camtu,die p operate.dan dia balik semula ke wad dalam pukul 5/6 petang..seingat aku,,
katil 5th = budak melayu yang hensem (itulah aku)
sakit = spenoid wing meningioma
kesan =suka gelak2..dan tak pernah serius..(aku pon tak tahu kenapa..)
status =belum operate
oh..wad neuro..kali ketiga buat operate..kali ni macam takut sikit..aku pon tak tau kenapa..tapi macam biasa,takut camne pon aku masih boleh gelak2..(dalam hati ni sape je yang tau..)
katil 6th =uncle cina
sakit = eksiden (pastu aritu dia pasang tempurung kepala dia ) setelah 5 bulan dia hidup tanpa tempurung kepala..
kesan = macam pening2 sikit
status =dah operate
uncle ni dah berapa kali eksiden dan eksiden yang berlaku 5 bulan sebelum ni,dia cakap ni yang paling teruk..sampai dia sendiri cakap tak mau bawak motor lagi..dia ada tanya ibu.
"mana u punya husband?.."
ada rumah,esok pagi operate dia datang.
"apa dia naik?..motor ah?''
a.ah,kenapa?
"wo jangan wo,lu jangan naik motor.ini k.L tak save bawak motor punya..lu bawak baik2 macam mana pun,kalau orang hentam,lu boleh kasi pergi juga.."
sampai macam tu sekali..
hohoho..so boleh la mula bercerita pasal sakit aku ni..(ceh,baru nak citer ke?)
so.penerangan yang akan dibuat ni,adalah secara simple dengan bantuan gambar supaya ianya mudah untuk dikongsi..
so,anda boleh lihat tumor nye yang berwarna putih,telah menolak sebahagian mata |
anak panah menunjukkan lokasi tumor tu |
oh,yang ni macam teruk sikit..besarnye ada dalam 5,ke 6 cm |
oh..tumor yang terletak dalam kepala aku ni.tade lah besar sangat..last scan aritu kira2 dalam 5 cm..
so apebende binatang spenoid2 ni?
ia merupakan satu keadaan dimana seorang pesakit menghidapi pertumbuhan sel asing yang terletak di bahagian belakang mata berdekatan dengan salur darah utama..
kalau diikutkan simptom bagi penyakit ini,pesakit akan mengalami double vision (penglihatan dua imej0 malah lebih teruk lagi jika tidak dirawat boleh menyebabkan kan pengklihatan akan beransur hilang..
tumor yang aku hidapi ini bukan junis kanser ataupun aggresif..kerana pertumbuhan tumor ini cuma berlaku 1mm setiap tahun..ianya langsung tidak merbahaya.tetapi disebabkan kedudukan tumor itu di kepala dan berdekatan dengan saraf utama,
serta risiko pembedahan yang aku perlu terima,so membuatkan aku kena fikir dua kali juga.nak buat atau tak..?
risiko nye tade pape pon..
1. mata bole tak nampak
2. lumpuh
3. sawan
4. kegilaan..(kalau suka gelak2 tu gila ke?..ntah la..tuhan saje yang tahu..)
gambar hiasan |
sebenarnye ade beberapa jenis rawatan yang boleh dilakukan selain operation ni.
tapi kos yang terlalu tinggi dan ketidak adaan kemudahan perubatan di malaysia menjadi halangan untuk aku dapat rawatan yang lebih baik..
hohoho
takut oh operation..seram..kalau operate kepala lutut boleh leh tahan lagi..tapi kepala?..tuhan saje yang tahu..
aku banyak pk sebelum operate tu..tapi aku berharap aku tak mau susahkan ibu abah aku lepas operate tu..
dan ada juga beberapa benda yang aku pk kan..oh..kali ni operate memang tak best..tak setenang yang pertama kali dulu..tapi first time dulu memang takut giler ..
so la ni aku rasa macam sejuk kat bahagian atas kepala..macam rasa nyawa tu kat hujung2 je..
tapi,aku masih lagi berbuat kesalahan..
dosa barangkali...
moga umur masih lagi panjang untuk diberikan peluang..
ade sambungan nye lagi..pasal persediaan operate..
jaga diri baik2 semua..
No comments:
Post a Comment