ni contoh kedua ako nak bagi...
isteri-garang cam singa,tak pandai layan suami,bz keje.materialistik,
suami-baik hati,patuh pada arahan si isteri,tak mo marah isteri sebab sayangkan isterinye
pemudi b-,baik hati,orang kampung,sopan santun.tapi ada masalah kesihatan
situasi-si suami balik ke kampung melawat ibu bapanya yang uzur,si isteri pula disebabkan sibuk bekerje,tak mo ikut suami.sepanjang suami dikampung,keluarga si suami mengenalkan si suami dgn seorang seorang pemudi..si suami tahu dia sudah berkahwin dan tiada niat untuk berkahwin lagi..mungkin si suami terbuka hati untuk memperisterikan pemudi b tersebut walaupun tahu jika isterinya tahu niatnya alamat kne tidur luar dan berlaku lah perang dunia ke tiga...
contoh terbaik poligami,ayah pin,ntah die ngorat pempuan semua tu pakai air kaki die je,.bodo tul |
contoh ketiga
isteri-sopan santun,baik hati,tapi punyai masalah kesihatan
suami-baik hati,kire perfect lah...
pemudi c-cantik,sopan santun.
situasi-si isteri mempunyai masalah kesihatan.(tidak boleh melahirkan anak)..dan meminta suami supaya berkahwin lain supaya mendapat kan zuriat..si suami keberatan kerana tidak mahu menduakan isteri..si isteri tidak memaksa suaminya dan tahu akan suaminya itu sayang kepadanya..tp si isteri tidak mahu jika kehidupan suaminya itu sunyi..lalu dicarikan seorang perempuan iaitu pemudi c unutk dijadikan calon madu nya..
ok..sebenarnye banyak lagi contoh yg ako nak tulis tapi ako rase cukup dgn contoh2 yang ako berikan ni,supaya anda semua paham ape yang ako cube sampaikan...ade orang bertanya kepada ako
''oi bro,kahwin dua bukan salah pon,sunnah nabi tu,ko nye post ni seolah menidakkan sunnah nabi je"
ako pon menjawab persoalan tersebut
(ok.ko bercakap pasal sunnah nabi,adekah selama ini ko mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan ko atau bile je citer pasal kawin ni ko baru nak cakap pasal sunnah nabi?..
yg kedua.persoalannye skrg,ako bukan cube menidakkan ape yang telah nabi kita lakukan,tapi adakah anda tahu cerita yang sebenarnye tenatang berpoligami ini?
yg ketige-ako tak cakap ako menolak poligami ini kerana poligami ini akan bersesuaian jika ko mengalami situasi pada contoh yang ketiga.itupon jika anda mahu.betul?)
ade jgak seorang perempuan bertanya kepada ako..
"salah ke kahwin dgn suami orang?..suami orang biasanya matang,ekonomi sudah kukuh,romantik,caring.ako cuma tidak mahu melakukan maksiat dgn suami orang sebab tu ako kawin dgn suami orang''
dgn cool nye ako menjawab...
(kakak,ade ke ako kate kahwin dgn suami orang tu salah?cube ko bace balik post ako tu,ade ke ako kate salah?..sebenarnye kite,cube membincangkan,kenapa orang muda sekarang ni,tidak kisah kahwin dgn suami orang..ok lah,nak berdebat sgt,sebelum anda menjalinkan hubungan sgn suami orang pernahkah anda berfikir begini
1.perasaan isterinya
2.apakah hubungan kamu itu halal?
3.suami orang yang ko nak tackle tu mampu tak nak kahwin dua?
4.ko tau tak lelaki yang ko cube ngorat tu laki orang?
kebanyakkan mereka mengetahui lelaki yang mereka cube ngorat laki orang setelah mereka kenal setahun dua..ni maksudnya lelaki tu cover baik punya dari pengetahuan si isteri dan awek tu....)
camnilah,sebelum anda berkawan dengan lelaki,tak kira lah,muda ke ,tua ke,check dulu betul2..laki orang ke ape ke..kalau lah anda dah berkenan sangat dgn laki orang tu,tanya hati pula,adakah anda sudah bersedia dari segi emosi dan fizikal unutk melalui hari2 yang mendatang sebagai isteri kedua..kita cuma harapkan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lalui,
jangan pula kita menyalahkan takdir jika selepas berkahwin,ape yang kita angan2 kan sebelum berkahwin itu tidak menjadi,pada saat itu ingat lah bahawa kamu ade tuhan untuk kamu meminta pertolongan...jangan minta tolong kat ako pulak,ako dah warning awal2..hahahahah
p/s..
dah jangan pasni ramai orang pulak serang ako..ni kite cube bukak fikiran kite supaya kite berfikir dahulu sebelum bertindak..kerana poligami ini sesuatu yang pahit jika kaptennye salah .kapten tu laki lah,dan manis jika kapten nye bawak bahtera tu betul...
ada yang cakap salleh yaacob merupakan contoh yang terbaik dalam berpoligami.dampai 4 isterinye..kite memang le nampak manis je.kuar dalam gambar semua muka isteri dia senyum je,tuan nye badan sape saje yang tahu..hohohoho
orang kate tepok bahu kanan,bahu kiri tak rase pape.rase nak gelak je,..hohohoh
ako de wat salah ke?..
confius2..
No comments:
Post a Comment