Friday, 20 July 2012

apa guna berpuasa jika tidak boleh bersabar?..

hello..
assalamualaikum

selamat pagi ingin saya ucapkan kepada semua pembaca blog hidup segan mandi tak mau ini..

di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak kepada semua penganut yang beragama islam yang berada diseluruh dunia..

ketika bulan puasa ini,penganut agama islam terbahagi kepada beberapa kumpulan


kumpulan yang pertama
berpuasa penuh..(cukup sebulan)


kumpulan yang kedua
berpuasa separa penuh ( mungkin cuma 15 hari,16 hari dan sebagainye)

kumpulan yang ketiga
pagi berpuasa,tengah hari dah berbuka

kumpulan yang keempat
tak berpuasa langsung (chaallloooo bettey)


kahkahkah..

sebenarnya terlintas dipemikiran saya ni untuk menulis selepas semalam (hari jumaat jam 3-4 petang)

saye terlibat dalam kemalangan kecil..

(telah ditabrak dari belakang oleh kereta waja yang dipandu oleh seorang perempuan)
lokasi..bulatan kat shah alam..yang ade traffic light tu..

tengah best2 nyanyi lagi ka hona pyar hei tetibe cam rase dilanggar dari belakang

(nasib baik kat roundaboard tu bawak perlahan..kalau tak arini penduduk di sekitar mardi boleh makan free (kenduri arwah) selama 4 ari..

kahkahkah

jadi nak dijadikan cerita,ketika dilanggar itu,aku sempat brek menggunakan kaki..(sakit oh..dah macam flinstones pulak)..

kemudian aku park dekat divider yang terletak bersebelahan roundaboard tu..

akak tu pon berhenti jugak,,tapi dia tak keluar dari kereta..cuma tunjuk body language thumbs up je

(kalau mengikut kefahaman aku,mungkin dia bertanya sama ada aku ok atau tak)..,

aku pon balas la thumbs up ... (tapi kaki ngah sakit..bebal betul..)
yelo..takkan la mau marah2 ..moto pon tade pape..tapi kaki sakit sampai la ni..tak dapat la aku mau berlari lagi..

pesanan buat pemandu wanita

(JANGAN JADIKAN KECANTIKAN YANG ANDA MILIKI SEBAGAI TIKET UNTUK MELANGGAR ORANG YANG TAK HENSEM SEPERTI SAYA NI)..


kah kah kah'

kembali semula menulis berkenaan tajuk yang mahu diutarakan'

sesungguhnya bulan ramadhan itu banyak hikmahnya..
kerana dijadikan ramadhan itu seribu satu kelebihan bagi mereka yang berpuasa
nak di jadikan cerita terdapat juga orang bukan islam mengakui kelebihan berpuasa ini.

saya rasa ramadhan kali ini sangat istimewa bagi saye kerana

-saya tak bekerja part time,atau jadi kuli kepada mana2 hotel
-mungkin dapat balik beraya di kampung pada tahun ini
-mungkin juga akan beraya dengan baju raya..dan bukan t shirt (seperti mana taun2 lepas,ibu bagi duit beli baju raya saya beli beg,pewangi ambipur,dan beberapa helai t shirt hitam)
-dapat lah saya berehat secukup-cukupnya (bersedia untuk operation barangkali.tak mau la pk benda yang bukan2
-berupaya mengurangkan berat badan/ukur lilit dipinggang

dan saya juga berharap ramadhan kali ini

-menjadi sangat istimewa kerana (saya pon tak tahu)
-dapat berpuasa penuh dan diberkati hendaknya
-dijauhi dari perkara yang boleh membatalkan puasa
-semoga ianya bukan ramadhan yang terakhir
-berbuka puasa seadanya saje
-dapat memenuhi jemputan berbuka puasa bersama peminat
dan yang terpenting sekali,
semoga amalan ibadah yang dilakukan ketika puasa ini,dapat diteruskan pada bulan2 yang lain juga

tuan2 dan puan2 sekalian

berpuasa ini selaion menahan diri daripada  lapar dan dahaga,ianya juga melatih kira meltaih diri kita supaya bersabar untuk menrmpuh ujian2 yang bakal mendatang

sesungguhnya kesabaran itu dituntut setiap masa (walaupun ketika tidur atau menunggu turn untuk membeli murtabak di bazar ramadhan)

jadi apa gunanya berpuasa jika anda tidak bersabar?
ujian itu bakal datang tidak kira masa,dan bentuk nya itu kita sendiri tidak akan tahu

ketika menghadapi perkara seperti itu,bersabarlah k

(sememangnya seorang kawan begitu mudah berkata "kawan bersabarlah ada lah rezeki kamu nanti" dan bagi mereka yang berhadapan itu..tidak ada apa sebenarnya yang boleh dilakukan melainkan bersabar)

sesungguhnya bersabar itu banyak hikmahnya...

setiap perkara yang berlaku itu ada cerita nya yang sendiri..ianya berada diluar batasan pemikiran manusia.kadangkala kita mengharapkan sesuatu berlaku (mengikut apa yang dirancang) tetapi tak semestinya ia akan berlaku,dan barangkali perkara yang lain pula yang berlaku


amboi..

penat la,panas giler ni..tade karen pulak kat umah

tapi..

kena lah bersabar..

kahkah

p/s

terima kasih saya ingin ucapkan kepada sekalian..
salam ramadhan saya ucapkan kepada semua..
semoga ramadhan kali ini memabawa 1001 erti kepada anda..

jika anda sedang bersedih,ceriakan diri anda dengan senyuman

terima kasih assalamualaikum



Monday, 2 July 2012

mekanisme cinta vs mekanisme peperiksaan

asssalamualaikum wbt..

selamat petang kepada semua yang membaca blog yang tidak hidup segan mati tak mahu ini.
di sini saya ingin berkongsikan apa yang sedang saya fikirkan dengan semua orang yang  membaca blog saya ni.
 
hidup segan mati tak mahu begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini

ye ke?

jadi apa kaitan dengan mekanisme cinta dan peperiksaan ni dengan peribahasa ini?..
sebenarnya ia tiada kaitan secara langsung ataupun tidak langsung..

apa yang cuba saya katakan ini sebenarnya adalah,bagaimana mahu menghadapi cinta dan peperiksaan ni..hohohohho

adakah ia pernah berlaku kepada anda semua..?

dan tidak keterlaluan jika saya katakan,dalam perbedaan dua mekanisme ini,sebenarnya ada persamaan..

cinta dan peperiksaan begitu sinonim dengan pelajar/student/murid/anak murid/budak sekolah/budak universiti/budak master dan sebagainye..

adalah sangat hebat jika anda berjaya mengawal kedua2 nya dan pada pengakhiran bagi kisah anda,anda berjaya memiliki kedua2 nya..

bagi mereka yang single seperti saya,jangan risau,anda bukan looser,sebenarnya anda sedang mempersiapkan diri anda untuk memiliki orang yang cukup sempurna satu hari nanti.

apa yang perlukan cuma,tumpukan kepada pelajaran anda,dapatkan pointer setinggi yang boleh,dan membayar balik pinjaman ptptn dan lain2 pinjaman (jika anda ada meminjam nye)..

dan ketika waktu saya menulis entri ini,sebenarnya saya dalam keresahan dalam menghitung hari2 yang akan menjelang..dibawah ini saya senaraikan hari2 yang bakal mendatang

1) hari final exam akan habis
2) hari p buat ct scan
3) hari mendapat keputusan final exam
4) hari jadi kawan saya (bulan 7 ni)
5) hari puasa
6) hari operation saya (keputusan sama ada bakal operate atau tak tertakluk pada keputusan ct scan)
7) hari raya (taun lepas saya tak beraya kerana bekerja sebagai kuli di kl hilton)
8) hari masuk kerja part time kat hotel hilton (bulan puasa)
9) hari masuk sem baru
10) hari jadi saya (tahun depan)
11) hari jadi abah,ibu,elyn,syah dengan mira

dan sebagainya....

jadi jika anda seorang yang mempunyai sentimental value yang sangat tinggi (kuat cembeng) persiapkan diri anda kerana orang yang  mempunyai sentimental value yang sangat tinggi ini kebarangkalian menghadapi depression atau kemurungan itu ada.

jadi saya senaraikan bagaimana anda boleh mengubati hidup anda yang sunyi itu

- makan banyak2 kemudian tidur..(kebarangkalian untuk obesiti dan mengalami high blood pressure sangat tinggi)
- bergaul dengan rakan2 sekolah/universiti anda.
 (menyebut perihal pergaulan ini sebenarnya sangat subjektif kerana pergaulan itu sendiri punyai banyak makna..tidak siapa boleh menghalang anda untuk bergaul dengan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini.tetapi anda juga perlu pandai menjaga diri sendiri,dan jangan sampai anda pula termasuk dalam golongan yang negatif..)

 "siapa kau nak tentukan kawan aku?..kau cuma seorang kawan,dan tidak lebih daripada itu..!!biarlah aku ingin menjadi apa yang aku inginkan..suka hati aku lah aku nak bergaul dengan sesiapa saja yang aku suka...aku kawan dengan penagih ke,perogol ke,pembunuh ke, yang penting aku pandai jaga diri aku.."


..menasihati perlu lah secara berhikmah,tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa sahaja..baik orang yang memberi nasihat,dan orang yang menerima nasihat..

baiklah jika anda mempunyai kawan seperti dalam drama diatas saya listkan bagaimana cara untuk overcome masalah tersebut
1) jadi kawan yang baik
2) mendengar masalah kepada kawan itu
3) luahkan juga apa yang kamu rasa .tapi secara hikmah
4) jangan tinggalkan kawan seperti itu kerana anda adalah pembimbing kepada dia
5) jika dia masih lagi berkeras kepala,jangan pula anda keraskan kepala juga..ini akan merugikan kedua2 belah pihak
6) ingatkan kepada nya tentang ajaran agama
7) berikan pedoman kepadanya
8) tanyakan hal keluarga dia( ingatan tentang keluarga amat penting jika sedang berlaku permasalahan)
9) apa yang terjadi kepada rakan itu sebenarnya satu ujian yang sedang mematang kan dia.dan pada masa yang sama anda juga sedang diuji 
10) kalau apa yang anda katakan sebelum ini masuk telinga kanan,keluar telinga kiri,keratlah telinga kiri nya supaya apa yang masuk itu,keluar ditempat yang lain..(hohoho)

anda orang bertanyakan kepada saya .bagaimana cara jika teman/bf/gf anda ada banyak kawan lelaki/perempuan/skandal/perempuan,lelaki simpanan/bapak,mak ayam..sugar daddy,mummy /dato,datin dan sebagainya...

jika anda mempunyai rakan yang sebegitu,itu sebenarnya realiti yang perlu anda tempuhi akhir zaman ini..
kesedaran yang tinggi amatlah diperlukan jika anda menghadapi perkara sebegini

-orang kata "kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai..
-kalau sudah sayang,mati pun sanggup.
-jangan diludah orang gila,kerana orang gila sendiri tidak berbuat sedemikian
-kalau ingin membina badan,jangan lah minum herbalife F1,SEBAB herbalife  F1 untuk kuruskan badan
-jika ingin berambut panjang,jangan simpan gunting dirumah

dan sebagainya peribahasa baru

ini pula tips untuk menghadapi peperiksaan

"TANPA MEMBACA,ILMU TIDAK AKAN DIPEROLEH"

asasnye ialah membaca.tak kiralah anda google kat internet pon,masih kena membaca jugak
kalau menonton astro pon,masih ada sarikata yang perlu dibaca (kecuali bola sepak tiada sari kata)

jika anda seorang yang pemalas,rajinkan diri anda..

sekian..

p/s

hati tak tenang ,sebab itu menulis,

berprasangka baik itu adalah amalan yang diharuskan/malah jika bertepatan dengan masa hukum nya sudah menjadi wajib.

jika anda seorang yang sihat tubuh badan dan berfikiran elok, anda tidak akan lakukan perkara dibawah ini
- anda membina badan tapi pada masa yang sama otak tak terbina
- makan nasi tangan kanan,minum air tangan kiri ,tapi anda makan nasi dan minum air selain menggunakan mulut
-kalau anda memiliki banglo,pastikan banglo anda dipanggil banglo..


'saya mahukan anda jadi seperti orang ini,orang ini dan orang ini.mereka hebat,mereka berbakat,mereka mempunyai sifat kepimpinan"

tapi anda lupa atau mungkin anda tidak tahu..

saya pernah mati dua kali.
dan diberi peluang untuk hidup lagi.

saya cuma mahu menyayangi semua orang selagi saya hidup lagi..
terima kasih malaysia..

saya bukan pro kerajaan,dan juga bukan pro pembangkang..terima kasih

bukan juga atas pagar,dan juga bukan di bawah pagar..

"kalau begitu pergi buat kerajaan sendiri!!!!"

dan seperti mana yang berlaku hari ni,sayangi negara anda.....kekalkan keamanan yang ada..kalau mahu lebih aman,pakai baju,ataupun nametag aman di tubuh anda (tapi apakah ini sudah cukup?)


Thursday, 29 December 2011

kasih dihujung tali gantung..

"saya berharap,awak dapat menerima hukuman yang dijatuhkan.."

"ini merupakan hukuman dunia atas kesalahan yang telah awak lakukan"

"awak perlu tabah,jangan sekali jauhi tuhan,dan ingatlah bahawa tuhan senantiasa menerima taubat hambanya selagi mana,hambanya mahu bertaubat.."

....''bagaimana kehidupan aku di alam lain nanti?.."...
...."apakah tuhan menerima taubat ku?.."....
...."neraka itu tempat tinggal ku ?''...

ehm...
maaf le kawan2,,,
kalau mood pagi ni kurang ceria sedikit...
semoga semua orang sihat2 sejahtera hendaknye

aku pon tak tau kenapa mau cerita macamni pagi2 ni..
tapi mungkin aku cuma mahu berkongsi serba sedikit cerpen yang bakal aku nak tulis ni
tapi tak tau bile,aku de mase yang sangat lapang untuk abiskan cerpen ni

cerpen yang aku nak tulis ni,berkisar tentang seorang pemuda,,
yang hidupnye itu,biasa2 saja...
tak kaya,tak miskin...tapi sebab dia sayang kan temannya itu,dia sanggup terima hukuman manusia..

ok..cukup je la sampai sini aku tulis pasal cerpen tu,tak boleh le bagi hint banyak2...
hahaha
..nanti ade orang ciplak..adoi..

aku pon tak tau kenapa aku terdetik hati nak bace kisah pasal orang yang dikenakan hukuman gantung sampai mati ni..

di malaysia,ade beberapa kesalahan yang akan dihukum dengan hukuman ini..
contohnye bunuh,edar dadah dan sebagainye..

camne lah perasaan orang yang kena hukum tu kan..

ehmm

alkisahnye pula..
orang yang melaksana kan hukuman gantung sampai mati ni,dikenali sebagai algojo..dah tentu lah kite leh bayang kan betapa besarnye tanggung jawab mereka ni sebagai manusia pencabut nyawa...

nak dijadikan cerita..
jika mereka ditugaskan untuk jalan kan hukuman,mereka akan dimaklumkan beberapa hari sebelum hukuman dijalankan..pihak ibu pejabat akan inform mereka...dan sehari sebelum hukuman dijalankan,baru mereka akan  berjumpa dengan pesalah tersebut..

bukan untuk berbual2 atau minom2 kopi,tapi untuk mengambil ukuran berat ngan tinggi pesalah...

ehm..sudah le..
akan aku sambung citer ni lain kali..
tetibe rase sedih le pula..

p/s

pahal la aku tetibe mau citer macam ni..ni mesti ade bende yang tak kne ni..
adoiiii..
semoga tuhan merahmati kalian semua..
al fatihah untuk mereka yang telah pergi..

bagi yang hidup ni,teruskan kehidupan anda.
dan make sure anda senantiasa dilandasan yang benar tidak kira dari aspek duniawi atau pun ukhrawi..
mahupun dunia baru the movie,,

aku tak dapat sorok perasaan sedih aku..
beh,jga diri baik2..
aku rindu kat ko..

beh..aku rindu kat ko...

halo..haha lo...halo..
pe citer semuaaaa oohhhhhhh.....

pe kabar semua orang yang berada di luar sana..
diharap anda semua sihat sejahtera hendaknye...

sorila lame dah aku tak menulis kat blog ni
banyak keje laaaa...

aku la ni...
haiya..sedih la...
dengan apa yang berlaku sekarang ni,,
tapi..aku takkan biarkan le sedih tu membelenggu diri ni..
(cewah,,,dalam kesabaran diri sebenarnye,ade la ruang2 yang aku tak kuat..ko ingat aku sewel2 ni ,aku kuat ke..hahahaha..)

tapi aku tetap akan menjiwai watak sekarang ni
sebagai seorang pelajar uitm..yang cam sewel2 sikit..minat kat seorang minah (die tak mau kat aku pon..haha)..seorang yang malas belajar..hahaha..suka kan sukan..(terutamanya acara mencuci mata..hahaha)..dan sebagainya..

mungkin dengan cerita yang bakal aku ceritakan ini, korang semua akan anggap aku seperti seorang bodoh,

macam ni lah..
citernye bermula macam ni

....ehm......

camtu la citernye,,

(damn u...pe citernye!!!!!)

aku tak sanggup mau citer,,,

hahaha..

la ni..kalau da msa aku akan citer,,halo2 lah k...ngantuk sudah

p/s..

gambar pengubat rindu.
tapelah beh..
yang penting u jaga diri baik2..
senantiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan,,

Wednesday, 13 July 2011

mendidik perasaan,..biarkan ia berlalu...

halo...selamat petang...salam sejahtera semua...
halo halo ha ha halo...

assalamualaikum,salam hamba hulur tanda ingatan...

chewah...damn.
sempat lagi bermadah2 ..biase lah.,hidup.kne senantiasa ceria...kalo tak ceria.tak best le..

"bro.dua tiga menjak ni,pahal mood ko macam tak stabil je..."

damn...

mane ade (kadangkala kita hipokrit pada diri sendiri dan orang lain tentang apa yang kita rasa,perasaan kita.mungkin di atas sebab2 tertentu..).

dalam meniti hidup ni.
kita kena faham,tak semua perkara yang kita inginkan akan menjadi milik kita,dan kita juga kadangkala menerima sesuatu yang tidak kita inginkan..ade betul?..

dalam banyak2 masalah yang dihadapi,kita semua kene terima,kenapa tuhan memberikan kita masalah,...tapi menjadi masalah pada sesetengah individu,mungkin ia sukar diterima kenyataan tersebut..

sabar lah.
kerna ada hikmah disebaliknya..
bagaimana nak mendidik perasaan itu,(perasaan itu tidak terlalu bersedih,tidak terlalu rendah diri,dan tidak terlalu menyalahkan diri sendiri..)
perasaan sebegini mungkin semua orang penah merasakan nye.aku sendiri pernah melalui perkara sebegini..

cuba anda fikirkan..
jika anda sedang menghadapi masalah,
ketika itu anda menangis,anda tidak ada kawan untuk menceritakan perkara tersebut,dan anda mungkin melakukan sesuatu untuk melepaskan kesedihan tersebut,
(mungkin ketika tengah tension ni,kita melakukan perkara yang tak patut..)
ada sesetengah dari kita cepat terkesan atau sedar dgn perkara yang dilakukan.
dan ditakuti jika kita sedar setelah semuanya terlambat..

pernah dalam suatu ketika,aku cuba untuk meletakkan diri dalam beberapa situasi tersebut..
ternyata kesan yang dialami itu,berbeza mengikut cara yang kita menghadapinya..

adakah kamu pernah fikir,masalah yang kamu hadapi sekarang,sebenarnye membuka mata kamu sendiri,untuk mengenal siapa diri kamu sebenarnya?...

ternyata sedikit orang saja yang berfikiran sedemikian.
apa mungkin kesedaran kita dalam menghadapi masalah yang datang itu,kita pernah meletakkan tuhan sebagai tempat kita mengadu.?
mungkin juga kalau kalian punyai teman dan rakan,kalian boleh berkongsi dengan mereka..tapi jika kamu berseorangan?

baik lelaki atau perempuan,masing2 punyai kelemahan yang tersendiri.mungkin bagi seorang lelaki,dirinya telah dilatih untuk tidak terlalu memikirkan masalah2 yg di hadapi.begitu juga ada perempuan yang dilatih sebegitu..tapi yang menjadi perhatian sekarang ni pada mereka yang mungkin memilik sifat seperti menyimpan perasaan,rendah diri dan sebagainya...

jika ada mereka yang diluar sana tu.punyai rakan2 yang sedemikian,seboleh2 nye jangan ditinggalkan mereka bersendirian..beri mereka kekuatan.tunjukkan jalan yang betul..

(menjadi juga satu permasalahan dimana ada kawan2 yang cuba mempengaruhi rakan yang bermasalah dengan melakukan perkara yang tidak patut  contohnye,mencederakan diri sendiri,lari dari rumah,pengambilan dadah,serta alkohol dan sebagainya..)
hopefully tade sorang pon rakan2 atau kenalan diluar sane yang terpengaruh atau membiarkan diri dari dipengaruhi dengan perkara2 yang tidak elok


p/s

jangan kita lupa,kita ada DIA untuk kita memohon.
kalau kamu berseorangan,kamu cari lah DIA...
mungkin itu yang dikatakan pabila kamu memandang masalah kamu sebagai cara kamu mengenal diri kamu sedalam2 nya..


sebagai orang yang menulis ni,niat ako cuma untuk berkongsi pe yang aku rase,aku tak mau lah kalo orang2 kat luar sane tu cepat mengalah..kalo dibandingkan aku dgn korang,korang lagi bertuah...

kalo aku masuk spital raye t,jemput2 lah datang melawat ako k..
ako sayang korang semua para pembaca..

aku berharap korang sentiasa menyokong aku untuk menulis,kerna tade pape yang boleh aku beri kepada korang selain berkongsi pengalaman serta bertukar2 pendapat serta idea...

time kasih pengerusi pengasih kerna sudi datang bagi ceramah..best oh !!

salam 

aidyl sulaiman

Monday, 11 July 2011

aduhai ambiga (sajak)

selamat pagi ..halo halo halo hahahahalo.....iharap anda semua sihat sejahtera hendaknye..yang berada di luar sane ,jaga langkah anda,jaga perlakuan anda,jaga adab anda dan jaga diri anda baik2..tetibe...hahahaha


so.
selepas kian lama menyepi,(baru je 4 ari)..aku pon menghebohkan diri,,bukan kerna aku merajuk atau pe,tapi aku mencari bahan untuk menulis serta,aku sedikt bz...(pe bende yang ko bz nye weyh..ko bukannye keje,duk umah goyang kaki je...hahahahah)..

damn..

tapelah,.cakaple pe ko nak cakap..
gua hati kering nye,tade kisah nye,,

peh..

damn.
ari sabtu yang lepas,kite semua digembargemburkan dengan keterujaan sesetengah pihak,yang konon nye,meminta keadilan dalam proses pilihan raye.,

pabila aku menulis ini,aku tidak mahu dilihatkan sebagai seorang yang pro kerajaan ataupun anti pembangkang,tapi aku menulis sebagai satu pihak yang berdiri ditengah2 yang bencikan kepada mereka yang membuat kacau di negara kite yang aman damai ini..

ade pihak yang mengatakan,kerajaan sekarang ni kurang telus dalam pilihan raye,de juga yang mengatakan,kerajaan sekarang ini tidak demokrasi,kalau mereka demokrasi,maka suara rakyat dijalanan harus lah dihalalkan...

macamni lah...bile difikirkan balik,baik kerajaan atau pembangkang ,masing2 ade kelebihan dan keburukan nye,,kalau korang rase kerajaan yang ade ni sekarang teruk,apetah lagi jika individu yang kuat main bontot menjadi pemimpin negara jika dia dipilih kelak?...

mungkin perkhabaran ni menjadikan ramai Gay di malaysia akan menyokong individu tersebut..(jangan marah,nanti kene jual..hahahah)

ako terkesan dgn crite seorang rakan dimane ketika die berbual dgn seorang cina tua...

"apa susah,kalau lu tak suka kelajaan sekarang,nanti itu pilihan laya,pangkah olang lain  ma..tak payah mau buat itu pehimpunan jalanan..apa lu dapat?..."

kadang2 kita tahu kebenarannya,tapi kita buat2 tak tau,takpun kita memang bebal yang amat.

disini,
aku sediakan juga
satu sajak khas,
bagi kite mengenang,...peristiwa yang berlaku pada hari itu..

aduhai ambiga...

berdiri megah,seorang wanita,
bernama ambiga,,

apa mungkin,dibenak fikiran serta hatinya,,
mengetuai sejumlah manusia..
meminta sesuatu..

apakah dia lupa.
dirinya itu sekarang dimana?..
apakah dia mahu,
disumpah serta dicerca?

aduhai ambiga..
pengikutmu itu jangan kau lupa..
 yang bertudung dan yang berkopiah juga..
yang berkain batik malah ada yang tidak berkaki..
menjerit keadilan yang mereka pintakan..

dengarlah rakyat malaysia..
dia cuma seorang wanita.
barangkali keldai kepada penunggangnya.
mungkin bukan niatnya membuat derhaka,

jangan kau lupa..
kau hidup dengan melayu dan cina..
kau membesar di bumi ini,
jangan mudah kau lupa diri.....

duhai melayu,
kerna dia kita berseteru..
lupa pada apa yang telah dia belakan,
lupa pada apa yang telah dia lakukan
masih tidak terlambat lagi..
untuk kita bersatu..
dan hidup dalam kedamaian

p/s..
renungkan lah

Thursday, 7 July 2011

madah hati abah..

ha ha halo halo ha halo halo...(pagi2 ni kne rapping sikit )  ...ha lo ha ha lo halo...
selamat pagi saye ucapkan kepada semua pembace yang budiman semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..yang belum sarapan,masih belum terlewat lagi untuk bersarapan...kepada mereka yang ganti puasa,selamat menggantikan puasa...

hari ni tanggal 8/7/2011 saye ingin mengisytiharkan bahawa..saya muhammad aidyl bin sulaiman,sudah berumur 22 tahun..sekian..


damn..!!!!!...tade kene mengene langsung dengan topik yg cube dibualkan..

seperti biase..ako cube berkongsi,sedikit sebanyak perkara yang berlaku belakangan ini..
thanks god dis week,cam biase ar,hidup tenggelam timbul,nasib baik la timbul..kalo tenggelam memanjang,.?..apekan daye..

hahaha..ok le..disebabkan ako terlalu boring.semalam ako telah melepakkan diri di sekitar key ell..(bangunan pertama komplek ngan sogo tu...),,sepatutnye ako kne p cari tempat camping,tp ako tade cam tak bersemangat..(sori la cik jatt ngan bos..t ako cari tempat best,,by the way nak ikot tak p panjat gunung b4 pose t?.pape roger ako..tapi rancangan camping kite masih stick ag ok..)..

"oi bro,cepat citer,jgn bebel banyak..."

damn..!!

ok lah..nak dijadikan citer,disebabkan kekurangan fizikal yang ako ade ni,menjadi perhatian sesetengah pihak terutamanya golongan pakcik macik..golongan perempuan remaja langsung tak tertarik sebab sape lah ako ni kan..hahahaha
 jadi dengan berbekal kan roti ngan air coke,ako pon melepakkan diri di satu sudut yang terletak berdekatan dgn sogo tu..

adelah seorang Tua ni..ako pon tak tau kenapa ako leh rase nak cakap ngan dia..

borak punya borak tibe satu point tu die citer kat ako..

"anak ni,satu hari nanti,bila sudah ada anak2 sendiri,didik anak elok2..acik tak tahu mana silapnya acik ni dalam mendidik anak acik.."

pe yang dah jadi?

"belakangan ni acik ni slalu bergaduh dgn anak acik yang sorang ni..bagi acik,sebenarnye bukan acik nak marah dia atau apa..tapi acik risau,,kadang kala dia tak balik rumah,acik pon tak tau dia keluar dengan siapa,siapa kawan dia,dia wat ape kat luar,,,tapi mungkin cara acik menegur dia tu salah.tapi itulah...
ada satu masa tu acik rindu pada dia sangat2,tapi bila dia balik,acik marah dia.mungkin dia pun kecik hati dgn perangai acik..acik nak ada kawan cakap2 dgn acik.acik fikir anak yang lain masing2 sudah sibuk,sebagai seorang ayah acik takut sangat kalau apa2 jadi pada dia..antara anak2 acik yang lain,acik paling sayang dia,tp tak bermaksud anak yg lain acik tak sayang,acik sayang jugak.."

sekarang ni dia ade kat ne?

'"ada dirumah.acik cuma berharap,dia jaga diri dia baik2,tahu bezakan mana yang buruk dan baik,acik nak tahu juga dengan siapa dia berkawan,bukan acik nak halang dia keluar,tapi dalam masa sekarang ni,dengan kesihatan acik pon sentiasa tak menentu kalau boleh,ade orang yang teman acik..cukup lah kalau dia teman acik cakap2,acik tak mahu minta pape pon dari dia...kalau acik marah tu,tanda acik sayang,mana ada ayah tak sayangkan anak?..kalau dia marah tu,maksudnya dia sayang..kadangkala acik mengaku silap acik jugak,acik berharap bila acik dah takde lagi nanti,anak2 acik semua sudah pandai jaga diri.."

ehm..acik doa lah banyak2 supaya anak acik dapat terime

ako pon tak de mood nak cakap time tu,tapi ako de mood lak nak dgr..pastu die de gak citer lawak2,pasal lawak tu ako tolak tepi dulu lah...ntah le..kadang kala kite yg remaje ni,susah gak nak kontrol diri,baik laki atau pempuan..ako berharap ako sentiasa sedar diri dengan pe yg ako lalui setiap mase,,,

sebagai seorang remaje mungkin kite sekarang ni sedang melalui masa2 indah dalam  kehidupan..time ni lah nak berteman,nak p jalan2 nak p nengok dunia luar..bak kate orang sentiasa mencabar diri untuk melakukan perkara yang baru dan mungkin mase ni kite mahu menimba pengalaman2 sebanyak mungkin..

pengalaman2 sedemikian yang akan mematangkan kita dikemudian hari.tapi berharap pengalaman itu bukan lah pengalaman yang boleh menjadikan kite trauma ataupun fobia pada masa hadapan...

ako seringkali berfikir pe yang ako wat skrg ni bakal de efek pada masa hadapan (yang sempat pikir le,yang tak sempat pikir ako langgar je..hahahahah)..dan sedang mencari apa dia tujuan ataupun pegangan yang boleh membimbing hidup ni..supaya aku tak akan menyesal di masa hadapan...

mungkin terbit beberapa persoalan dalam diri seorang lelaki ataupun wanita sebagaimane contoh

1) macam mane kehidupan aku 10 tahun lagi kalau aku masih lagi sentiasa hidup bersenang lenang dgn harte mak bapak?bile mak bapak dah tade t camne?

2) ako ni slalu enjoy2 time mude ni,berpeleseran tak tentu pasal,apakah bakal pasangan aku nanti sama seperti aku?..bagaimana kah dengan anak yang lahir nanti?..macam mana aku nak didik mereka jika aku pon tak terdidik?ako nak membace pon tak tau..

3) apa mungkin kerja yang ada sekarang ni,berupaya menampung aku kehidupan anak beranak kelak?kalo anak sorang tape,ni kalo satu team bola?...

4) apakah kesenangan/kebahagiaan yang aku kecapi sekarang akan konsisten?sekarang ni boleh le gaji ngah banyak,awek pon suke la,kalo time aku jatuh terkangkang t,ade ke orang suke?

5) kawan dah lame,kapel pon dah lame,pakwe ako ni tak mo masuk meminang ke?ako kawin dgn bangla baru tau..

gitulah gamaknye contoh2 persoalan yang kadang kala bermain di fikiran..
tapi.
pe yang penting,kite kene senantiasa berdoa .memohon kepada tuhan supaya hidup ni sentiasa berada di jalan yang betul.hidup senantiasa bahagia.dan dikurniakan rezeki yang halal..

disini terdapat rasionalnye pabila tuhan menganugerahkan kita dengan kesusahan dan kesenangan..smoga kita semua tabah dgn apa yang berlaku..

p/s..

hopefuly korang dapat input ..ako pon beharap ako dpt input gak

salam kerinduan dari kejauhan

aidyl sulaiman..

u..terima kasih ya..jga diri baik2...